KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa beberapa Ahli Parlimen kerajaan bertindak keluar Dewan Rakyat ketika pengundian usul Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana ‘tidak suka’ melihat wajahnya.
Ahli Parlimen Larut daripada Bersatu itu dalam masa yang sama menzahirkan rasa terkilan atas tindakan tersebut yang menyebabkan usul berkenaan gagal mendapat kelulusan Dewan Rakyat pada Rabu.
“Saya rasa agak terkilan dengan beberapa Ahli Parlimen terutamanya daripada pihak kerajaan sendiri yang saya difahamkan ada dalam dewan ketika undi belah bahagi, (tetapi) ketika nak undi, dia keluar.
“Sudah tentu saya tidak gembira (dengan tindakan keluar Dewan Rakyat). Sebahagian daripada mereka, mereka sudah berada di dewan tetapi keluar bila undi belah bagi. Itu tidak adil, saya boleh namakan siapa.
“(Alasan keluar) Sebab mereka tak suka muka saya,” katanya kepada pemberita selepas selepas menghadiri Perbarisan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini pada Jumaat.
Beliau diminta mengulas alasan wakil rakyat daripada blok kerajaan yang bertindak keluar Dewan Rakyat pada Rabu lalu.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata tindakan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen blok kerajaan itu mencerminkan pemikiran individu yang tidak memikirkan tanggungjawab kepada negara.
"Saya dah jelaskan, isu SOSMA ini adalah isu keselamatan negara. Bila ditolak oleh pembangkang, maknanya walaupun mereka mengaku sayangkan negara, dia tak sedar bahawa SOSMA dilakukan selepas kita tarik semula ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
"Bila kita hapuskan ISA, ketika itu, ada beberapa peristiwa lepas ISA ditarik balik, (dan) banyak berlaku jenayah terancang.
"Maka sebab itu, kita fikir instrumen yang mustahak kena ada. Akhirnya kita bertolak ansud dengan beri 28 hari sahaja, ia begitu bertolak ansur untuk semua pihak. Apabila akta telah diluluskan, dan telah disambung pada 2017, (tetapi) akhirnya tamat pada Julai tahun ini.
Dewan Rakyat gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA untuk tempoh lima tahun lagi.
Usul itu ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 84 Ahli Parlimen menyokong, manakala 86 Ahli Parlimen tidak menyokong, selain 50 Ahli Parlimen tidak hadir.
Kegagalan usul itu menyebabkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dapat melanjutkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) bermula 31 Julai depan.
Hasimi Muhamad
Fri Mar 25 2022
Ahli Parlimen Larut daripada Bersatu itu dalam masa yang sama menzahirkan rasa terkilan atas tindakan tersebut yang menyebabkan usul berkenaan gagal mendapat kelulusan Dewan Rakyat pada Rabu.
Belanjawan 2025: Kesejahteraan perumahan mampu diberi perhatian, ini anda perlu tahu
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara
Menurut PM isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan dan kerajaan kekal dengan pendirian bahawa ini boleh ditangani secara aman.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Belanjawan 2025 junjung hak rakyat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan Belanjawan 2025 fokus kepada rakyat.
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
TVET_ HRDCorp, Khazanah, GiatMARA, PERKESO turut dipertingkat
Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
KDN, MINDEF masing-masing terima RM19.5 bilion dan RM21.2 bilion
Kata PM, maruah dan kedaulatan negara perlu terus terpelihara daripada sebarang ancaman. Keharmonian dikecapi selama ini tidak boleh diganggu-gugat.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
Pembangunan sukan negara terima RM230 juta tahun depan
RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi dapatkan jurulatih terbaik, ikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran kepada pemain.
Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion tahun depan - PM
Kata PM, Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
RM500 pada guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja & marbut
Ia sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.
Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Cadangan pergi pasar: 'Hamzah nak elak jawab PN dukung golongan kaya, warga asing' - Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau hampir setiap minggu turun ke warung kecil dan pasar di seluruh negara serta bertanya keadaan rakyat.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.