Usikan nakal penyu Agar yang gemar mengocak air sehingga membasahi pengunjung yang berada berhampirannya adalah antara tarikan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Cherating di sini.
Ketua PKPP Cherating, Sahrom Abu Samah berkata penyu Agar itu yang berusia enam tahun antara penghuni di kolam interpretasi di situ, yang turut menempatkan tuntung sungai dan kura-kura bagi membolehkan pengunjung melihat perbezaan antara haiwan tersebut.
"Di sini juga terdapat pusat penetasan telur penyu dan lazimnya ia mengambil masa antara 45 ke 50 hari untuk menetas sebelum anak penyu dilepaskan pada usia tujuh hari ke laut menerusi Program Kesedaran Penyu.
"Pada awal dilepaskan, anak penyu ini akan bermain-main di kawasan persekitaran sebelum kembali pada usia dewasa untuk bertelur. Mereka boleh mengecam pantai kelahiran mereka berdasarkan tekstur pasir dan persekitaran," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sahrom berkata mereka lebih gemar melepaskan anak penyu pada waktu malam bagi mengurangkan risiko kematian kerana kurangnya pemangsa khususnya ketam dan helang.
Sahrom berkata penyu Agar yang dipelihara di pusat itu diberi makan ikan selayang dan sotong, selain sayur-sayuran seperti kobis serta kangkung dengan seekor penyu berusia enam tahun boleh makan sehingga dua kilogram (kg) sehari.
Sahrom berkata penyu Agar atau Chelonia Mydas boleh membesar sehingga satu meter dengan berat antara 135 hingga 170 kg dan biasanya boleh bertelur sekitar 80 hingga 150 biji pada satu-satu masa.
Beliau bagaimanapun, mengakui pendaratan penyu Agar di pantai pendaratan penyu sepanjang 3.5 kilometer di Pantai Chendor di sini, menunjukkan trend penurunan sejak tiga tahun kebelakangan ini, iaitu 147 ekor pada 2018, 320 ekor (2017) dan 592 ekor (2016).
Manakala bagi jumlah bilangan telur, sebanyak 12,683 biji direkodkan pada 2018 dengan peratus tetas sebanyak 62 peratus; 28,177 biji, 73.2 peratus (2017) dan 31,652 biji, 59.6 peratus (2016).
Bagi tahun ini, setakat April lalu, sebanyak 93 ekor penyu direkodkan mendarat dengan jumlah telur sebanyak 8,450 biji dan berdasarkan statistik, musim puncak bertelur ialah antara Mei hingga Julai.
"Penurunan ini disebabkan penyu sangat sensitif semasa berada di darat menyebabkan ia akan berpatah balik ke laut jika melihat kelibat manusia atau tidak bertelur jika ada gangguan bunyi bising semasa hendak bertelur.
"Kami juga berdepan risiko dengan kecurian telur penyu, menyebabkan kakitangan kami perlu sentiasa meronda sepanjang pantai khususnya pada musim puncak supaya dapat segera mengutip telur penyu," katanya.
Sahrom juga berharap orang ramai membantu usaha pemuliharaan penyu dengan tidak memakan telur penyu, bagi mengurangkan kejadian kecurian ekoran tiada permintaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2019

Sebahagian daripada 100 ekor anak penyu agar yang dilepaskan ke laut. - Foto BERNAMA

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF.

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.
#AWANIRingkas 17 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 17 Mac 2025
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi hari ini selepas AS mengelak daripada menutup operasi kerajaan, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang lebih baik.

ABK24/25: Tersenarai calon terbaik, sepakan jauh penjaga gol berjaya jaringkan gol
Tanpa diduga, ia juga dianggap sebagai koleksi peribadi kerana gol yang sangat menakjubkan serta jarang berlaku.
AWANI Ringkas: Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga
Beliau hadir bagi hari ketiga merakam keterangan berhubung proses siasatan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Gunung sampah Ghazipur hampir setinggi Taj Mahal
Ghazipur menjadi salah satu tapak pelupusan sampah terbesar di dunia, dan terus menerima ratusan tan sampah dari Delhi setiap hari.
FBM KLCI: Jualan besar-besaran, apa langkah seterusnya?
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan penurunan terbesar tahun ini, melepasi paras sokongan utama 1,490-1,500. Apa yang bakal menjadi tindakan pelabur dalam keadaan semasa terutamanya dalam ketidaktentuan? Perbincangan penuh bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.

'Usikan nakal' penyu membasahi pengunjung di pusat konservasi
Penyu Agar gemar mengocak air antara tarikan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Cherating.