KUALA LUMPUR: Usaha untuk menarik minat membaca dalam kalangan anak-anak harus dilakukan dengan cara lebih kreatif, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata ini perlu bagi menggalakkan kanak-kanak memilih bahan bacaan sebagai sumber maklumat utama berbanding media sosial supaya mereka belajar untuk berfikir.
"Pandangan saya secara peribadi adalah kita perlu lebih kreatif untuk mencari jalan bagaimana menarik minat anak-anak untuk membaca dan apa yang diminati mereka dalam bahan bacaan.
"Adakalanya terdapat juga buku-buku kartun yang membawa kepada pemikiran kreatif dan kritikal yang memerlukan pembacanya sama ada kanak-kanak atau siapa sahaja untuk berfikir," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Buku Puisi Kumpulan Puisi: Puisi Ganjil: SaTU! karya Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023.
Terdahulu Nancy dalam ucapannya berkata penerbitan buku dalam industri buku tempatan masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi negara maju iaitu satu peratus berbanding jumlah penduduk.
"Ini bermakna negara seharusnya menerbitkan 30,000 judul buku memandangkan penduduk Malaysia telah mencecah lebih 30 juta orang.
"Namun pada 2020 sebanyak 15,080 judul buku diterbitkan manakala pada 2021 sebanyak 13,655 judul buku diterbitkan... ini menunjukkan jumlah buku yang diterbitkan masih jauh dari sasaran sebenar bagi sebuah negara maju," katanya.
Justeru Nancy berkata peranan menulis buku sewajarnya tidak hanya terhad kepada ahli akademik atau penulis karyawan semata-mata sebaliknya orang ramai termasuk tokoh korporat juga boleh terlibat dalam penghasilan buku dan karya sastera.
"Hal ini tidak mustahil kerana apa yang telah dilakukan Tan Sri Hamad Kama Piah yang merupakan seorang tokoh korporat namun dalam kesibukan tugas hariannya, beliau berjaya menulis buku atau karya berkualiti untuk tatapan umum.
"Bidang sastera seharusnya terus menjadi relevan dalam membentuk ketamadunan bangsa bagi aspek pembinaan minda yang akhirnya akan menghasilkan peradaban manusia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023

Nancy Shukri (tengah) bergambar bersama Buku Puisi Ganjil Satu dan penulis buku tersebut Tan Sri Hamad Kama Che Piah (kiri) selepas majlis pelancaran ketika di WTCKL hari ini. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Usaha tarik minat kanak-kanak membaca perlu lebih kreatif - Nancy
Galakkan kanak-kanak memilih bahan bacaan sebagai sumber maklumat utama berbanding media sosial supaya mereka belajar untuk berfikir.

Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi sedia lebih daripada bahan bacaan
Kemudahan itu mempromosi pembelajaran bagi membantu pembaca membuka minda kepada pelbagai perspektif.

Buku terpakai masih ada 'harga'
Setiap buku terpakai yang diterima, sama ada sumbangan mahupun yang dibeli daripada orang ramai, mempunyai nilai masing-masing.

Maszlee cadang penerima zakat diberi bantuan buku
Langkah ini bagi meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan asnaf.