Viral di media sosial hari ini kononnya ‘pembunuh BMW’ telah ditangkap selepas 40 minit kejadian tikam dan langgar hingga maut yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor lewat petang semalam.
Bagaimanapun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Johor, Datuk SAC Azman Ayob ketika dihubungi Astro AWANI menafikan laporan itu.
Dalam mesejnya Datuk Azman menyatakan maklumat berkaitan kejadian telah ada tetapi berita tangkapan berkenaan tidak tepat.
BACA: Lelaki maut ditikam, dilanggar di stesen minyak di Johor Bahru
Beliau sehubungan itu memohon agar semua pihak menghentikan tular liar itu yang boleh mengganggu siasatan.
Semalam, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kenderaan mereka di stesen minyak berkenaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, kesemua suspek yang menaiki kenderaan mewah BMW secara tiba-tiba datang dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka hingga berlaku pergelutan sebelum mangsa berjaya meloloskan diri.
Suspek kemudiannya bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum mengundur dan melarikan diri.
Mangsa berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Astro Awani
Mon Dec 18 2017
![Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513564278_serangpukulmati.jpg)
Semalam, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![Pemilik premis hiburan, pengunjung dikompaun RM260,000 Pemilik premis hiburan, pengunjung dikompaun RM260,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634986311_PDRM.jpg)
Pemilik premis hiburan, pengunjung dikompaun RM260,000
Seramai 43 pengunjung di sebuah pusat hiburan di sini dikenakan kompaun sebanyak RM235,000, tengah malam tadi.
!['Dine-in' ketika PKP, enam individu dikompaun RM20,000 'Dine-in' ketika PKP, enam individu dikompaun RM20,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622669770_kompaun.jpg)
'Dine-in' ketika PKP, enam individu dikompaun RM20,000
Dalam operasi 12.45 tengah hari itu, lima pelanggan yang sedang makan di premis berkenaan turut dikompaun RM2,000 seorang.
![PKP: Pusat hiburan tidak serik kena kompaun langgar SOP PKP: Pusat hiburan tidak serik kena kompaun langgar SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620253967_pusathiburan.jpg)
PKP: Pusat hiburan tidak serik kena kompaun langgar SOP
Seramai 90 pengunjung terdiri daripada 51 lelaki dan 39 wanita berusia 20 sehingga 45 tahun dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM430,000.
![Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513564278_serangpukulmati.jpg)
Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor
Viral di media sosial pembunuh BMW telah ditangkap selepas 40 minit kejadian tikam dan langgar hingga maut yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor lewat petang semalam.
![Siasatan kes pelajar tahfiz diteruskan Siasatan kes pelajar tahfiz diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71499684737_950x600.jpg)
Siasatan kes pelajar tahfiz diteruskan
Polis akan meneruskan kertas siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaadafi, April lalu.
![Polis rampas 1.82kg ganja dalam kereta Polis rampas 1.82kg ganja dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485777009_Muardadahganja.jpg)
Polis rampas 1.82kg ganja dalam kereta
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas ganja seberat 1.82kg bernilai RM4,400 dalam sebuah kereta di Jalan Ismail, di sini, semalam.
![Penyebaran fotofit palsu suspek kes bunuh kerani boleh ganggu siasatan - Polis Penyebaran fotofit palsu suspek kes bunuh kerani boleh ganggu siasatan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61447770377_MangsaRogol.jpg)
Penyebaran fotofit palsu suspek kes bunuh kerani boleh ganggu siasatan - Polis
IPD Muar nafi mengeluarkan fotofit yang tersebar di media sosial untuk mencari suspek kes rompak dan bunuh kerani wanita.
![Empat sahabat maut selepas kereta mereka naiki rempuh lori Empat sahabat maut selepas kereta mereka naiki rempuh lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/51412439543_295x200.jpg)
Empat sahabat maut selepas kereta mereka naiki rempuh lori
Empat sahabat maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang membawa barangan sejuk beku dalam satu kemalangan di Kilometer 12 Jalan Muar-Ayer Hitam, hari ini.