Polis akan meneruskan kertas siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaadafi, April lalu, selagi belum mendapat kata putus daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Azman Ayob berkata keputusan untuk menutup kes berkenaan bergantung kepada saranan pihak pendakwaan.
"Sekarang kita sedang menunggu laporan bedah siasat sebelum mendapatkan nasihat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya," katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas jawatannya di sini hari ini.
Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes tersebut masih berjalan.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan hasil keputusan bedah siasat mendapati kematian kanak-kanal berusia 11 tahun itu disebabkan penyakit kencing tikus dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang ditularkan.
"Kematian mangsa dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan kegagalan organ untuk berfungsi," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata hasil keputusan bedah siasat itu akan dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut
Mohamad Thaqif meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April lalu sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya, yang dijangkiti bakteria selepas cedera didakwa didera seorang pembantu warden Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, dekat sini.
Sebelum itu, kedua-dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama.
Dalam pada itu, Azman, bekas Ketua Polis Daerah Muar, mengambil alih tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor daripada Datuk Kamarul Zaman Mamat yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Pelucuthakan/Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.
Majlis serah tugas itu disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017

Mohamad Thaqif meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail pada 26 April lalu sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Pemilik premis hiburan, pengunjung dikompaun RM260,000
Seramai 43 pengunjung di sebuah pusat hiburan di sini dikenakan kompaun sebanyak RM235,000, tengah malam tadi.

'Dine-in' ketika PKP, enam individu dikompaun RM20,000
Dalam operasi 12.45 tengah hari itu, lima pelanggan yang sedang makan di premis berkenaan turut dikompaun RM2,000 seorang.

PKP: Pusat hiburan tidak serik kena kompaun langgar SOP
Seramai 90 pengunjung terdiri daripada 51 lelaki dan 39 wanita berusia 20 sehingga 45 tahun dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM430,000.

Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor
Viral di media sosial pembunuh BMW telah ditangkap selepas 40 minit kejadian tikam dan langgar hingga maut yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor lewat petang semalam.

Siasatan kes pelajar tahfiz diteruskan
Polis akan meneruskan kertas siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaadafi, April lalu.

Polis rampas 1.82kg ganja dalam kereta
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas ganja seberat 1.82kg bernilai RM4,400 dalam sebuah kereta di Jalan Ismail, di sini, semalam.

Penyebaran fotofit palsu suspek kes bunuh kerani boleh ganggu siasatan - Polis
IPD Muar nafi mengeluarkan fotofit yang tersebar di media sosial untuk mencari suspek kes rompak dan bunuh kerani wanita.

Empat sahabat maut selepas kereta mereka naiki rempuh lori
Empat sahabat maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang membawa barangan sejuk beku dalam satu kemalangan di Kilometer 12 Jalan Muar-Ayer Hitam, hari ini.