Empat sahabat maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang membawa barangan sejuk beku dalam satu kemalangan di Kilometer 12 Jalan Muar-Ayer Hitam di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata kesemua yang maut di tempat kejadian dalam insiden pukul 1.40 tengah hari itu dikenali sebagai Tan Wei Oon, 18; Loh Yi Wei, 19; Tin Seing Kit, 19, dan Lee Ping Meng, 22, yang kesemuanya berasal dari Batu Pahat, Johor.
"Kereta Proton Wira yang mereka naiki dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan lain lalu bertembung dengan lori yang membawa barangan sejuk beku itu, " katanya ketika dihubungi.
Azman berkata ketika kejadian keempat-empat mereka sedang dalam perjalanan dari Batu Pahat ke sini manakala lori berkenaan dari arah bertentangan bagi menghantar barangan berkenaan.
Katanya mayat kesemua yang terbunuh itu dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk bedah siasat manakala pemandu lori berkenaan yang berusia 62 tahun dihantar ke hospital yang sama dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi kejadian agar tampil bagi membantu siasatan.
Ibu Tin yang hanya dikenali Puan Lim, 40-an ketika ditemui pemberita di bilik mayat hospital itu berkata beliau hanya mengetahui anak kedua daripada tiga beradik itu ke sini untuk bekerja.
"Saya hanya diberitahu anak saya itu mahu keluar kerja dengan kawan-kawan di Muar sehinggalah saya mendapat berita sedih ini," katanya.
Sementara itu teman wanita Tan yang enggan dikenali berkata sepatutnya dia bertemu kekasihnya itu pada malam ini sempena sambutan Hari Kekasih hari ini.
Katanya beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa kekasihnya itu melalui laman Facebook yang kemudiannya terus ke hospital berkenaan.
Bernama
Sat Feb 14 2015

Empat sahabat maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang membawa barangan sejuk beku dalam satu kemalangan di Muar. - Gambar Hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.