Kisah Rosli Hamid yang saban hari menunggu bantuan zakat kian mendapat perhatian ramai.
Ketua keluarga berusia 46 tahun ini lumpuh kedua belah kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal pada tahun lepas.
Sejak dari itu, bapa kepada tiga orang anak ini dirundung bebanan untuk menyara keluarga apabila terpaksa bergantung kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Tambah menyedihkan keadaan, wang bantuan zakat yang dipohon tidak juga kunjung tiba.
Menurut Rosli, ketua kampungnya sendiri tidak memberikan bantuan selepas permohonan zakat dibuat melaluinya pada tahun lepas.
BACA: Tunggu zakat: 'Ketua kampung pun tak mahu layan saya' - Rosli Hamid
GALERI FOTO: Kasih ayah sepanjang masa, pengorbanan ayah tiada tandingan
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek menyatakan bahawa Rosli tidak boleh terus memanjatkan aduan kepada pihak media kerana banyak lagi cara untuk meneliti dan memproses permohonannya.
Sementara itu, para netizen yang membaca kisah Rosli di laman web Astro AWANI mempunyai pandangan tersendiri yang diluahkan di Twitter.
Pengguna Facebook turut menzahirkan pendapat mereka dengan pelbagai reaksi terhadap rentetan kisah malang yang melanda Rosli sekeluarga.
Rata-rata pengguna media sosial mempersoal proses untuk mendapatkan bantuan zakat yang sedikit rumit atau terlalu banyak prosedur.
Shamil Hizamie
Tue Jun 23 2015
Kisah Rosli Hamid yang saban menunggu bantuan zakat kian mendapat perhatian pengguna media sosial. Foto - AWANI/Shahir Omar
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Bantuan kepada rakyat Palestin cedera diteruskan, mekanisme berubah - PM Anwar
Beliau bagaimanapun berkata mekanisme penyaluran bantuan berkenaan akan diteliti, bagi memastikan ia lebih efektif dan berkesan.
Malaysia sedia salur bantuan kewangan kepada Lubnan - PM
Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan bagi membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aset udara Malaysia, Singapura tiba untuk bantu operasi penghantaran bantuan mangsa Taufan Trami
Sebuah pesawat kargo C-130 milik Tentera Udara Republik Singapura dan helikopter pengangkut Eurocopter EC725 daripada Tentera Udara Diraja Malaysia tiba di Pangkalan Udara Villamor
Ribut Tropika Kristine: 4 negara ASEAN hantar bantuan ke Filipina
Empat negara Asia Tenggara menghantar bantuan ke Filipina untuk menyokong usaha pemulihan berikutan kemusnahan yang disebabkan oleh Ribut Tropika Kristine (Trami).
200 keluarga nelayan di Pasir Gudang terima bantuan bakul makanan YSIJ
Sebanyak 200 keluarga komuniti nelayan di Pasir Gudang, Johor menerima bantuan bakul makanan sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Fahmi pastikan rakyat Lembah Pantai terima bantuan, khususnya aspek pendidikan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau akan memastikan semua rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai termasuk komuniti India mendapatkan bantuan sewajarnya terutama dalam aspek pendidikan.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Banjir: Jentera NADMA, agensi berkaitan sudah digerak ke kawasan terjejas - TPM
Koordinasi antara NADMA dan agensi itu dilakukan segera mengambil kira jangkaan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku lebih awal daripada tempoh sepatutnya.
Jangan pilih kasih dalam beri bantuan kepada mangsa banjir - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan mangsa banjir agar banyak bersabar dan tidak mudah menyalahkan mana-mana pihak jika terdapat isu yang berbangkit.
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.