KUALA LUMPUR: Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas keanggotaan mereka dibatalkan bukanlah perkara pelik malah sudah dijangka oleh ramai pemerhati politik.
Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar berkata keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia serta menggambarkan tahap kematangan seorang Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam membaca dan mentafsir undang-undang.
"Selain itu, ia memperlihatkan bagaimana pemimpin parti berpandangan sama ada mahu terus bermain di sudut undang-undang atau mahu bermain di padang politik.
"... yang kita nampak sekarang ialah mereka (pemimpin Bersatu) tidak lihat perkara ini daripada roh kestabilan politik tetapi lebih kepada kepentingan politik," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Status 6 MP Bersatu Akur atau Cabar Keputusan Speaker? terbitan Bernama TV malam tadi.
Beliau berkata sekalipun keputusan itu dicabar oleh Bersatu di mahkamah, ada kemungkinan mahkamah akan berpihak kepada Speaker Dewan Rakyat.
"Kita kena tengok juga keputusan Speaker ini, mungkin menjadi panduan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) di 13 negeri sebab setiap DUN ada Speaker serta enakmen masing-masing dan mereka akan berpandu kepada keputusan Speaker.
"Walaupun tiada keperluan untuk mereka ikut keputusan Speaker namun di sinilah kemampuan dan kematangan Speaker teruji dan saya melihat keputusan Speaker ini adalah untuk tidak membawa Parlimen ke belakang yang menyebabkan perlunya kekosongan kerusi untuk Pilihan Raya Kecil walhal perlembagaan parti hanyalah sekadar 'hujung kuku' di mata Perlembagaan Persekutuan dan tak terpakaipun untuk Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Minggu lepas, Johari memutuskan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat serta tidak perlu mengosongkan kerusi mereka kerana pindaan perlembagaan Bersatu baru-baru ini bertentangan dengan peraturan Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen.
Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Mohd Aziz Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).
Ketua Sekretariat Media Perpaduan Datuk Lokman Noor Adam pula berkata semua pihak perlu memahami Perlembagaan Persekutuan adalah 'lebih besar' berbanding perlembagaan mana-mana parti justeru itu, tidak seharusnya timbul isu sama ada Johari terkhilaf dalam membuat keputusan mengekalkan kerusi yang disandang oleh keenam-enam Ahli Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
![Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719654005_Bersatu.jpg)
Dari kiri atas, Syed Abu Hussin Hafiz (Bukit Gantang), Suhaili (Labuan), Zahari (Jeli). Dari kiri bawah; Mohd Azizi (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain (Kuala Kangsar) dan Zulkafperi (Tanjong Karang).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
![Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721261833_tbquotasystem.jpg)
Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh.
![Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721260802_tbmemboncengpocong.jpg)
Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong
Ini bagi menghilangkan rasa resah masyarakat selain bagi memastikan kejadian sebenar di sebalik rakaman CCTV itu.
![Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Berdasarkan aturan mesyuarat, isu itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan, bagi hari terakhir sidang.
Kapal tentera laut AS, USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Klang
Ketibaan kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Blue Ridge (LCC19) di Pelabuhan Klang pada Rabu menandakan komitmen Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dengan Malaysia.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Malaysia-Iran: Halu tuju kerjasama tidak akan dipengaruhi pihak asing
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
![Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717664927_TBGobindSingh.jpg)
Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind
Ketersambungan Internet yang pantas dan boleh dipercayai menjadi tulang belakang untuk pembangunan ekonomi.
Malaysia hasrat tingkat ekonomi menerusi BRICS
Malaysia berharap dapat meningkatkan peluang kerjasama ekonomi melalui platform BRICS sebagai alternatif mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional.
BRICS yang ditubuhkan pada 2009, adalah platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.
BRICS yang ditubuhkan pada 2009, adalah platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu embelajaran digital untuk kecerdasan buatan, AI, bantuan untuk usahawan bumiputera Sarawak dan kemudahan pelupusan sisa pepejal antara yang akan menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Bangladesh tutup semua universiti kerana protes antikuota
Bangladesh mengumumkan akan menutup semua universiti awam dan swasta susulan protes pelajar terhadap sistem kuota dalam pekerjaan sektor kerajaan semakin memuncak, minggu ini.
![Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719654005_Bersatu.jpg)
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
![PRU15 pencapaian tertinggi Pas - Abdul Hadi PRU15 pencapaian tertinggi Pas - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697774305_Pas.jpg)
PRU15 pencapaian tertinggi Pas - Abdul Hadi
Sejumlah 18 kerusi diperoleh dalam PRU14, manakala sebanyak 43 kerusi Parlimen dimenangi dalam PRU15 melalui kerjasamanya dalam Perikatan Nasional.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PRU15: Dua daripada lima calon berjaya menang kedua-dua kerusi DUN, Parlimen PRU15: Dua daripada lima calon berjaya menang kedua-dua kerusi DUN, Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668913288_IbrahimNgaKorMing.jpg)
PRU15: Dua daripada lima calon berjaya menang kedua-dua kerusi DUN, Parlimen
Mereka ialah Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili Perikatan Nasional dan calon Pakatan Harapan, Nga Kor Ming.
![PRU15: 32 daripada 127 calon wanita menang kerusi Parlimen, 15 kerusi DUN PRU15: 32 daripada 127 calon wanita menang kerusi Parlimen, 15 kerusi DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668903787_HajahNancyHajiShu.jpg)
PRU15: 32 daripada 127 calon wanita menang kerusi Parlimen, 15 kerusi DUN
Daripada keseluruhan 127 calon Parlimen, 16 adalah dari PH, lima GPS, tujuh PN, tiga BN dan satu Warisan.
![PRU15: Tiada parti dapat majoriti mudah kerusi Parlimen - Pengerusi SPR PRU15: Tiada parti dapat majoriti mudah kerusi Parlimen - Pengerusi SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668899731_SPR.jpg)
PRU15: Tiada parti dapat majoriti mudah kerusi Parlimen - Pengerusi SPR
Sehingga 4.30 pagi ini, gabungan di bawah PH menang 82 kerusi Parlimen, PN 73, sementara BN 30 kerusi
![PRU15: PH tawan Johor dengan 15 kerusi Parlimen PRU15: PH tawan Johor dengan 15 kerusi Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667118720_PakatanHarapan.jpg)
PRU15: PH tawan Johor dengan 15 kerusi Parlimen
Pakatan Harapan terus mengekalkan penguasaannya di negeri Johor apabila menawan 15 daripada 26 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi negeri itu.
![PRU15: Amanah yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen - Mat Sabu PRU15: Amanah yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667407073_MohamadSabu.jpg)
PRU15: Amanah yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen - Mat Sabu
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
![PRU15: BN sasar menang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Kedah - Zahid PRU15: BN sasar menang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Kedah - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666181949_PENGERUSIBN.jpg)
PRU15: BN sasar menang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Kedah - Zahid
Barisan Nasional (BN) menyasarkan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di negeri Kedah untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).