KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada Papua New Guinea (PNG) yang telah dilanda tanah runtuh semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ingatan saya adalah bersama penduduk Papua New Guinea berikutan kejadian tanah runtuh yang dahsyat meragut nyawa lebih 100 nyawa di wilayah Enga. Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di PNG," katanya di Facebook hari ini.
Anwar berkata bantuan kepada tragedi itu akan mencabar, dengan mengambil kira kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan pergunungan terpencil dan muka bumi yang berceranggah pada awal pagi Jumaat.
Semalam, beberapa agensi media melaporkan kejadian tanah runtuh melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer ke barat laut ibu negara Port Moresby kira-kira 3 pagi Jumaat, dengan ratusan orang dikuatiri terkorban.
Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah mereka yang terkorban.
Wisma Putra hari ini memaklumkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau menjadi mangsa tanah runtuh tersebut.
"Malaysia bersimpati dan mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terkesan oleh tanah runtuh itu, selain kepada rakyat dan kerajaan Papua New Guinea, menurut kenyataan Wisma Putra.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024
Keadaan kemusnahan susulan insiden tanah runtuh di Maip Mulitaka, dalam wilayah Enga, Papua New Guinea, 24 Mei 2024. - REUTERS
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Turkiye seru bantuan lebih kukuh, penyelesaian berkekalan bagi Palestin dan Syria
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyeru bantuan kemanusiaan yang lebih kukuh untuk Gaza dan Syria.
Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
Anwar, Erdogan adakan pertemuan empat mata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini mengadakan pertemuan empat mata di Kompleks Perdana Putra.
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.
Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan adalah antara pemimpin dunia yang menunjukkan kecerahan moral dan keberanian dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.