KUALA LUMPUR: Upacara perkahwinan bukan Islam kini dibenarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa hari ini.
JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.
"Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 9 yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Bagaimanapun, upacara perkahwinan di kawasan PKP Diperketatkan (PKPD) adalah masih tidak dibenarkan," menurut kenyataan itu.
JPN memaklumkan pihaknya telah mengemas kini dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) upacara perkahwinan bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam.
BACA: Rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi sepanjang PKP
Antara SOP yang ditambah baik ialah berkaitan kapasiti kehadiran semasa upacara pendaftaran perkahwinan iaitu maksimum 10 orang termasuk pendaftar bagi pendaftaran perkahwinan sivil untuk upacara di JPN dalam kawasan PKP, PKPB dan PKPP.
Bagi kapasiti kehadiran untuk upacara perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam oleh Penolong Pendaftaran Perkahwinan (PPP), maksimum 10 orang bagi kawasan PKP, maksimum 20 orang bagi PKPB dan maksimum 30 orang bagi PKPP.
"Bagaimanapun, SOP ini adalah tertakluk kepada keluasan ruang upacara perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam," menurut kenyataan itu.
JPN turut memaklumkan tiada majlis sosial dibenarkan semasa upacara pendaftaran berlangsung manakala majlis sosial di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam adalah tertakluk kepada arahan Majlis Keselamatan Negara.
Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SOP kebenaran upacara perkahwinan bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam boleh dilayari menerusi laman sesawang MKN (www.mkn.gov.my) atau JPN (www.jpn.gov.my).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021

Tiada majlis sosial dibenarkan semasa upacara pendaftaran berlangsung manakala majlis sosial di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam tertakluk kepada arahan MKN. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura dan Aselsan telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.

Konflik selatan Thailand: Pasukan rundingan damai baharu akan ditubuhkan
Sebuah pasukan rundingan damai kerajaan baharu akan ditubuhkan bagi menangani konflik yang berterusan di selatan Thailand.

Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan.

Jepun adakan mesyuarat Majlis Keselamatan berikutan pelancaran peluru berpandu Korea Utara
Shigeru Ishiba mengumumkan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara berikutan pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara.

Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala
Malaysia dan Korea Selatan mengadakan Mesyuarat Rundingan Dua Hala ke-9 Korea-Malaysia di Putrajaya pada Rabu (26 Jun), menurut Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Cuaca panas di Kedah boleh cecah 40 darjah Celsius hari ini
Daerah yang dikesan dilanda titik panas adalah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi.

MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau secara menyeluruh ancaman keganasan di pelbagai medium termasuk di media sosial.

2,580 aset KKR siap sedia hadapi impak perubahan monsun
Sebanyak 2,580 aset KKR dan agensinya, JKR dan LLM telah dipersiapkan bagi menghadapi impak peralihan Monsun Barat Daya kepada fasa Monsun Timur Laut (MTL).

Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu
Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa hari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

MKN pergiat program CBSM di Kedah atasi ancaman keselamatan negara
MKN Kedah akan mempergiat Program CBSM di negeri ini bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam menyalurkan sebarang bentuk maklumat berkaitan ancaman kepada keselamatan negara.