KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,580 aset Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah dipersiapkan bagi menghadapi impak peralihan Monsun Barat Daya kepada fasa Monsun Timur Laut (MTL).
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata aset tersebut meliputi kenderaan pacuan empat roda, jentera kaut, lori muatan tiga dan lima tan dan jentera penyodok, bersedia digerakkan untuk pengangkutan petugas dan misi bantuan, pemantauan, pemulihan dan pembaikan infrastuktur, pembaikan cerun serta pemindahan mangsa.
"KKR dan agensinya telah bersiap siaga bagi memastikan jaringan perhubungan rakyat tidak terjejas, sekali gus keselamatan pengguna dapat dipertingkatkan. Ini selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20, di mana JKR dipertanggungjawab untuk menyediakan kenderaan dan tenaga kerja untuk kerja-kerja penyelenggaraan tempat kejadian bencana dan logistik pengangkutan.
"JKR juga berperanan menyediakan tempat berlindung sementara seperti kanopi atau khemah, menyediakan perkhidmatan teknikal dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan forensik, geoteknik, struktur dan lain-lain seperti kejadian tanah runtuh dan kegagalan struktur bangunan atau tanah serta melaksanakan penilaian kerosakan infrastruktur awam akibat bencana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Alexander berkata Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR juga akan memeriksa dan memastikan sistem saliran cerun dalam keadaan baik serta mengenal pasti tanda-tanda awal kegagalan cerun di sepanjang jajaran jalan persekutuan dan negeri.
Katanya cerun-cerun yang berkategori Risiko Tinggi dan Sangat Tinggi yang dikenal pasti akan diberi perhatian melalui kekerapan rondaan dan pemeriksaan.
Beliau berkata sebanyak 35 bilangan stesen tolok hujan di cerun kritikal sepanjang Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia meliputi Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor juga telah diselenggara dan berfungsi, serta dalam keadaan baik.
Selain itu katanya amaran semasa akan dipaparkan di laman web Sistem Amaran Awal Cerun JKR di mana amaran melalui sistem pesanan ringkas akan diterima apabila kadar hujan melebihi nilai ambang sebagai amaran awal tanah runtuh.
"Untuk Sabah dan Sarawak, sebanyak 12 stesen tolok hujan sedang dalam permohonan kelulusan peruntukan oleh Kementerian Kewangan," katanya.
Menurutnya, KKR turut bersiap siaga menggerakkan aset Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) atau 'Bailey Bridge' iaitu jambatan sementara yang boleh dipasang siap dalam tempoh minimum 36 jam sebagai laluan alternatif bagi menghubungkan kawasan yang terputus akibat bencana.
Bagi aset jambatan dan pembetung pula katanya, penyenggaraan rutin dilakukan mengikut jadual dan kitaran yang ditetapkan seperti pembersihan laluan air, tumbuh-tumbuhan, puing dalam pembetung, pemeriksaan pengesahan aset jambatan dan pembetung yang mengalami kerosakan atau kegagalan, penyediaan cadangan pembaikan alternatif dan seterusnya melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera.
"JKR juga akan mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) bagi jalan raya yang terjejas akibat bencana dengan melaksanakan penutupan jalan secepat mungkin bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, memberi amaran bencana kepada orang ramai, menyediakan laluan alternatif, membina lencongan jalan dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan atau pembinaan kekal pasca bencana," katanya.
Maklumat status kejadian bencana jalan raya boleh diperoleh di portal bencana JKR di www.bencanaalam.jkr.gov.my dan melalui laman twitter @JKRMalaysia, @CSFJ_JKR dan facebook Jabatan Kerja Raya Malaysia serta boleh menghubungi talian Hotline Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) 03-26107559/7727.
Para pengguna juga boleh menyalurkan sebarang maklumat kerosakan jalan raya akibat MTL melalui aplikasi MyJalan yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi App Store untuk sistem operasi iOS, Play Store untuk pengguna sistem operasi Android dan Huawei AppGallery untuk pengguna Huawei.
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan negara berada dalam fasa akhir Monsun Barat Daya pada September 2023 dan dijangka akan memasuki fasa MTL pada November 2023 sehingga Februari 2024.
Antara impak peralihan monsun ini ialah peningkatan sebanyak 20 hingga 40 peratus daripada purata jumlah hujan jangka panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Kata Alexander, cerun-cerun yang berkategori Risiko Tinggi dan Sangat Tinggi yang dikenal pasti akan diberi perhatian melalui kekerapan rondaan dan pemeriksaan. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
2,580 aset KKR siap sedia hadapi impak perubahan monsun
Sebanyak 2,580 aset KKR dan agensinya, JKR dan LLM telah dipersiapkan bagi menghadapi impak peralihan Monsun Barat Daya kepada fasa Monsun Timur Laut (MTL).