Majlis Peguam Malaysia hari ini menyatakan pendirian berbeza ke atas isu berhubung tindakan hakim bersara yang kemudiannya menjadi peguam bela di mahkamah.
Walaupun resolusi melarang hakim yang telah bersara dari bidang kehakiman beramal telah diluluskan, namun Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong berkata dalam satu kenyataan bahawa Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa tiada yang salah dengan amalan tersebut.
"Walau apa pun kebimbangan Majlis Peguam mengenai isu ini, namun telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa pada masa ini undang-undang tidak melarang seorang hakim yang telah bersara untuk tampil sebagai peguam di mahkamah” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya sedia maklum dengan kontroversi yang tercetus berikutan tindakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram yang mewakili kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun akur dengan keputusan mahkamah.
"Majlis Peguam tidak akan membuat ulasan lanjut kerana pendengaran rayuan kes itu masih berlangsung di Mahkamah Persekutuan” katanya.
Pada 15 Mac lalu, resolusi seorang hakim yang telah bersara dari mahkamah atasan harus dilarang atau disekat oleh undang-undang daripada muncul sebagai peguam di mahkamah telah diluluskan oleh dalam mesyuarat tahunan Majlis Peguam Malaysia.
Pada masa yang sama, Majlis Peguam turut mencadangkan pindaan Akta Profesion Undang-Undang 1976 kepada Peguam Negara untuk dibentangkan segera dalam Parlimen.
Pada Khamis, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang telah mempersoalkan mengapa Gopal telah dibenarkan untuk mewakili Anwar dalam rayuan liwatnya walaupun resolusi Majlis Peguam telah dikeluarkan.
"Ini jelas bertentangan dengan ketetapan yang telah diluluskan oleh Majlis Peguam Malaysia awal tahun ini," katanya.
Sementara itu, Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata kepada Bernama bahawa hakim-hakim yang telah bersara bebas untuk beramal dan mewakili mana-mana anak guam mereka kerana itu hak masing-masing dan tiada sekatan untuk mereka berbuat demikian.
"Saya berpendapat itu hak asasi masing-masing, terpulang kepada mereka untuk beramal jika mereka selesa untuk berbuat demikian," katanya kepada Bernama di perkarangan Mahkamah Persekutuan pada Rabu.
Astro Awani
Thu Oct 30 2014

Pada masa ini undang-undang tidak melarang seorang hakim yang telah bersara untuk tampil sebagai peguam di mahkamah - Gambar bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

Bekas hakim, peguam swasta dilantik jadi pengantara bagi proses mediasi - Azalina
Khidmat bekas hakim dan peguam diperlukan untuk dilantik sebagai pengantara bagi menjalankan proses mediasi di Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Pesara hakim, balu saman kerajaan, PM berhubung kegagalan kenaikan pencen
Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan.

Bekas hakim, timbalan pendakwa raya, peguam bebas tuduhan terima rasuah
Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, dua tahun lepas.

Laporan audit 1MDB: Najib gagal gugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan
Ini merupakan cubaan kali ketiga Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes jenayah berkaitan 1MDB itu.

Penghakiman dua bekas hakim kanan dilindungi doktrin de facto - Mahkamah Persekutuan
Tengku Maimun berkata doktrin de facto adalah bertujuan memelihara integriti keputusan kehakiman dan melindungi keputusan hakim daripada serangan kolateral.

Bekas hakim, peguam didakwa terima rasuah
Tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, Julai lepas

Najib, Shafee gagal dalam usaha batalkan pelantikan Sri Ram ketuai pasukan pendakwaan
Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Azizah Nawawi, menolak dalam kamarnya, permohonan oleh Najib dan Muhammad Shafee bagi kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Hamid perlu buat laporan untuk dapat perlindungan saksi - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, ketika ini Putrajaya masih belum membuat keputusan mengenai ini memandangkan Hamid masih belum membuat laporan polis atau laporan kepada mana-mana pihak berkuasa.

Peru keluar waran tangkap antarabangsa ke atas bekas hakim
Dalam satu sidang media Perdana Menteri, Cesar Villanueva berkata, pada 7 Oktober bekas hakim itu dilaporkan meninggalkan negara Peru melalui pintu sempadan di utara secara haram.

Undang-undang tak halang hakim bersara beramal - Majlis Peguam Malaysia
Majlis Peguam Malaysia menyatakan pendirian berbeza ke atas isu berhubung tindakan hakim bersara yang kemudiannya menjadi peguam bela.