PUTRAJAYA: Khidmat bekas hakim dan peguam diperlukan untuk dilantik sebagai pengantara bagi menjalankan proses mediasi di Jabatan Bantuan Guaman (JBG), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
"Mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam undang-undang yang diperlukan untuk menjadi orang tengah, dalam usaha membantu pihak bertikai mencapai kata sepakat tanpa kes-kes berkenaan dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan eKlinik Guaman 6G JBG, di sini hari ini.
Azalina berkata JBG juga akan mendapatkan khidmat peguam swasta dan pengamal undang-undang badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi pengantara, tertakluk kepada kes-kes yang perlu dikendalikan.
"Lantikan ini bagi memperkasakan perkhidmatan pengantara dalam penggalakan penyelesaian kes di luar mahkamah," katanya serta menambah bidang kuasa melantik pengantara terletak di bawah Ketua Pengarah JBG.
Azalina berkata sesi pengantara atau mediasi, bukan sahaja dijalankan secara fizikal tetapi juga boleh dilaksanakan secara dalam talian bagi memudahkan masyarakat, selain mengurangkan kos pengangkutan pihak-pihak bertikai.
Beliau berkata perkara itu juga bagi memastikan masyarakat di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak, boleh mendapatkan khidmat bantuan guaman.
Dalam pada itu, Azalina berkata kes syariah merupakan yang paling banyak dikendalikan oleh JBG, sehingga menimbulkan tanggapan bahawa jabatan itu hanya memberikan fokus terhadap kes berkenaan.
Susulan itu, beliau mahu kes syariah terutamanya yang melibatkan perselisihan keluarga, sebaiknya diselesaikan menerusi sesi mediasi supaya JBG dapat menumpukan dalam penyelesaian kes sivil dan jenayah.
"Saya telah minta JBG untuk kaji semula kes syariah dan jika dapat, diselesaikan melalui pengantara. Bila bercakap pasal reputasi JBG, banyak kata hanya menyelesaikan kes syariah, dan saya tidak begitu gemar. Kita (JBG) juga banyak mengendalikan kes sivil dan jenayah," katanya.
Sementara itu dalam ucapannya, Azalina berkata sistem eKlinik 6G dibangunkan bagi membolehkan mana-mana organisasi memohon untuk mengadakan program klinik guaman dan literasi undang-undang JBG, di lokasi pilihan pemohon.
Antaranya khidmat disediakan ialah permohonan guaman jenayah, sivil, syariah, pengantaraan, khidmat nasihat guaman dan khidmat pendamping guaman yang dirujuk sebagai 6G.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Azalina (tengah) ketika melancarkan eKlinik Guaman 6G JBG, di Putrajaya hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

Bekas hakim, peguam swasta dilantik jadi pengantara bagi proses mediasi - Azalina
Khidmat bekas hakim dan peguam diperlukan untuk dilantik sebagai pengantara bagi menjalankan proses mediasi di Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Pesara hakim, balu saman kerajaan, PM berhubung kegagalan kenaikan pencen
Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan.

Bekas hakim, timbalan pendakwa raya, peguam bebas tuduhan terima rasuah
Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, dua tahun lepas.

Laporan audit 1MDB: Najib gagal gugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan
Ini merupakan cubaan kali ketiga Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes jenayah berkaitan 1MDB itu.

Penghakiman dua bekas hakim kanan dilindungi doktrin de facto - Mahkamah Persekutuan
Tengku Maimun berkata doktrin de facto adalah bertujuan memelihara integriti keputusan kehakiman dan melindungi keputusan hakim daripada serangan kolateral.

Bekas hakim, peguam didakwa terima rasuah
Tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, Julai lepas

Najib, Shafee gagal dalam usaha batalkan pelantikan Sri Ram ketuai pasukan pendakwaan
Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Azizah Nawawi, menolak dalam kamarnya, permohonan oleh Najib dan Muhammad Shafee bagi kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Hamid perlu buat laporan untuk dapat perlindungan saksi - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, ketika ini Putrajaya masih belum membuat keputusan mengenai ini memandangkan Hamid masih belum membuat laporan polis atau laporan kepada mana-mana pihak berkuasa.

Peru keluar waran tangkap antarabangsa ke atas bekas hakim
Dalam satu sidang media Perdana Menteri, Cesar Villanueva berkata, pada 7 Oktober bekas hakim itu dilaporkan meninggalkan negara Peru melalui pintu sempadan di utara secara haram.

Undang-undang tak halang hakim bersara beramal - Majlis Peguam Malaysia
Majlis Peguam Malaysia menyatakan pendirian berbeza ke atas isu berhubung tindakan hakim bersara yang kemudiannya menjadi peguam bela.