SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, dua tahun lepas.
Hakim Rihaida Rafie membebaskan Azmil Muntapha Abas, 47, bekas hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu; Khairul Azhwa Yusri Mohamad, 34, bekas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) di mahkamah sama dan seorang peguam Noor Amirul Nazreen Anas, 33, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Rihaida berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen utama pertuduhan iaitu kesemua tertuduh bersetuju menerima suapan bagi diri mereka wang tunai RM17,500 daripada Wong Chiew Hoong pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan dalam pertuduhan.
"Mahkamah mendapati tiada sebarang perbincangan atau komunikasi antara tertuduh pertama, kedua atau ketiga (berhubung rasuah) malah pada peringkat akhir kes, saksi-saksi tidak dapat menyatakan wang tersebut dipersetujui sebagai upah untuk tertuduh ketiga (Azmil Muntapha) menjatuhkan hukuman denda (dalam kes pendatang asing)," katanya.
Beliau berkata tiada keterangan yang dikemukakan menunjukkan Khairul Azhwa Yusri dan Azmil Muntapha mengetahui kewujudan wang tersebut.
Menurut hakim itu pendakwaan juga gagal membuktikan Azmil Muntapha menerima suapan sebagai upah baginya selaku Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu ketika itu untuk menjatuhkan hukuman denda sahaja kepada tujuh orang pendatang asing.
"Bagi tujuan penerimaan wang sebagai upah untuk tertuduh ketiga, langsung tidak pernah dinyatakan mana-mana saksi sepanjang kes pendakwaan.
"Keterangan saksi pendakwaan juga bercanggah antara satu sama lain termasuk saksi utama iaitu SP26 di mana mahkamah mendapati siasatan pegawai penyiasat adalah lemah dan tidak menyeluruh," katanya.
Rihaida berkata pihak pendakwaan hanya berjaya membuktikan elemen pertama pertuduhan di mana Khairul Azhwa Yusri dan Azmil Muntapha merupakan penjawat awam yang masing-masing berkhidmat di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada ketika itu.
Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan 28 saksi pendakwaan pada perbicaraan kes itu.
Ketiga-tiga mereka didakwa secara rasuah menerima suapan wang itu daripada Wong, 42, sebagai upah kepada Azmil Muntapha untuk menjatuhkan hukuman denda sahaja ke atas tujuh pendatang asing yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, antara 9.30 pagi hingga 2.45 petang, 17 Julai 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga tertuduh di akhir kes pendakwaan. - Gambar hiasan

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Bekas hakim, peguam swasta dilantik jadi pengantara bagi proses mediasi - Azalina
Khidmat bekas hakim dan peguam diperlukan untuk dilantik sebagai pengantara bagi menjalankan proses mediasi di Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Pesara hakim, balu saman kerajaan, PM berhubung kegagalan kenaikan pencen
Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan.

Bekas hakim, timbalan pendakwa raya, peguam bebas tuduhan terima rasuah
Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, dua tahun lepas.

Laporan audit 1MDB: Najib gagal gugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan
Ini merupakan cubaan kali ketiga Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes jenayah berkaitan 1MDB itu.

Penghakiman dua bekas hakim kanan dilindungi doktrin de facto - Mahkamah Persekutuan
Tengku Maimun berkata doktrin de facto adalah bertujuan memelihara integriti keputusan kehakiman dan melindungi keputusan hakim daripada serangan kolateral.

Bekas hakim, peguam didakwa terima rasuah
Tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, Julai lepas

Najib, Shafee gagal dalam usaha batalkan pelantikan Sri Ram ketuai pasukan pendakwaan
Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Azizah Nawawi, menolak dalam kamarnya, permohonan oleh Najib dan Muhammad Shafee bagi kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Hamid perlu buat laporan untuk dapat perlindungan saksi - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, ketika ini Putrajaya masih belum membuat keputusan mengenai ini memandangkan Hamid masih belum membuat laporan polis atau laporan kepada mana-mana pihak berkuasa.

Peru keluar waran tangkap antarabangsa ke atas bekas hakim
Dalam satu sidang media Perdana Menteri, Cesar Villanueva berkata, pada 7 Oktober bekas hakim itu dilaporkan meninggalkan negara Peru melalui pintu sempadan di utara secara haram.

Undang-undang tak halang hakim bersara beramal - Majlis Peguam Malaysia
Majlis Peguam Malaysia menyatakan pendirian berbeza ke atas isu berhubung tindakan hakim bersara yang kemudiannya menjadi peguam bela.