Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan Hatijah Aam atau 'Ummu Jah', balu kepada pengasas pertubuhan yang diharamkan Al-Arqam, Ashaari Muhammad, kerana melanggar arahan mufti.
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin berkata Hatijah ditahan bersama tiga pengikutnya sejurus tiba dari Arab Saudi, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 11.40 pagi.
Jais turut menahan enam lagi pengikutnya yang tiba di KLIA pada pukul 1.30 petang hari ini dan kesemua mereka telah dibawa ke pejabat Jais di sini, katanya dalam kenyataan.
Menurut Marzuki, kesemua mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan lapan wanita dihantar pulang oleh Arab Saudi susulan 'Program Pemutihan' yang dilaksana kerajaan itu.
Katanya operasi menahan kumpulan Hatijah atau Ops KLIA itu bermula 9 April lepas dan berjalan secara berperingkat mengikut jadual ketibaan mereka berdasarkan maklumat penghantaran pulang daripada Kedutaan Malaysia di sana.
"Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 12C, Enakmen Jenayah Syariah 1995, melanggar Arahan Mufti dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman (denda) RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.
Difahamkan tujuh wanita dan dua lelaki yang ditahan hari ini telah dibebaskan dengan bon jaminan Jais manakala Hatijah pula dibebaskan dengan dua penjamin oleh Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.
Bernama
Mon May 13 2013
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
Isteri bekas pengasas Arqam meninggal dunia
Allahyarhamah yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah, 62, akan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Bandar Darul Aman hari ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Jalan Kodiang.