Menerusi satu video yang dikirimkan, mereka memaklumkan al-Quran sumbangan Pejabat Perdana Menteri Malaysia itu lengkap dengan terjemahan yang jelas dan digunakan dalam kelas mereka yang diadakan di masjid tersebut.
"Terima kasih kerana menyumbangkan al-Quran yang indah ini, dengan terjemahan yang sangat jelas, setiap perkataan jelas, ditambah dengan terjemahan di sebelah.
"Sebenarnya, kami mempunyai satu salinan seperti ini, kami menggunakannya yang sama. Kami hanya ada satu, sumbangan dari seseorang yang menderma bagi pihak bapanya yang telah meninggal dunia, dan sekarang kami terima salinan yang sama, yang kami gunakan untuk kelas tafsir semasa kuliah Subuh.
"Jika tidak keberatan, kami boleh mendapatkan lebih banyak lagi untuk kelas yang diadakan di sini. Dan kami sangat berterima kasih kepada yang menderma," kata mereka.
Malaysia tahun lalu mengumumkan akan menyumbang satu juta naskhah al-Quran ke seluruh dunia sebagai salah satu usaha untuk menangani kedangkalan pemahaman Barat terhadap Islam.