GEORGE TOWN: Pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini teruja kerana menerima bendera Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum karakter adiwira 'Ultraman'.
Selain Ultraman, penyerahan bendera kepada pengguna jalan raya itu turut disertai Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong dan Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Dr Haniff Hassan.
Mohamad Syukur Mohd Patthi, 27, yang memakai kostum Ultraman itu berkata dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu menghiburkan orang ramai termasuk petugas barisan hadapan yang bekerja di SJR di situ.
"Saya 'jadi' Ultraman hari ini untuk bersama-sama mengedarkan bendera kepada orang ramai di SJR ini supaya mereka dapat mengibarkan Jalur Gemilang di bulan kemerdekaan ini," katanya ketika ditemui selepas mengedarkan Jalur Gemilang, pada Khamis.
Sementara itu, Soffian berkata beliau terkejut dengan kehadiran Ultraman dan langsung tidak menyangka adiwira tersebut akan menyertai mereka untuk menyerahkan bendera kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.
Beliau berkata walaupun polis menjalankan tugas pemeriksaan di SJR itu, pihaknya turut mengedarkan sebanyak 200 bendera kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021

Mohamad Syukur yang memakai kostum Ultraman itu berkata dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu menghiburkan orang ramai termasuk petugas barisan hadapan. - Foto BERNAMA

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Hari Kebangsaan: Astro tawar dua saluran percuma #DemiNegaraku & Ultraman mulai esok
Astro melancarkan kempen #DemiNegaraku dan Home of Kids menjelang sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan cuti sekolah.

Bintang siri 'Ultraman' Jiro Dan meninggal dunia
Pelakon Jepun yang membintangi siri popular 70an 'The Return of Ultraman', Jiro Dan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 74 tahun.

'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR
Pengguna jalan raya yang melalui SJR di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu teruja kerana menerima bendera Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum Ultraman.

Mahfuz bawa 'Ultraman' masuk sekolah
Usaha Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar bawa 'Ultraman' mendapat reaksi positif ibu bapa dan dirancang sejak minggu lalu.

Superhero Jepun, Ultraman sah sertai keluarga Marvel
Marvel dan Tsuburaya Productions teruja untuk mengumumkan kolaborasi ini dan mereka bakal mengeluarkan komik bersiri dan novel grafik.

Pengarah 'Power Rangers' bawa era baharu drama super hero ninja
Cantuman drama Samurai dan animasi pertama di dunia dengan animasi aksi SF tulen 'BLACKFOX' yang diterbitkan pengarah Kazuya Nomura dari Studio 3Hz.

Guru guna kostum Ultraman, Mickey Mouse tarik murid ke sekolah
Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rengit, Batu Pahat, dan SK Taman Scientex, di sini, tampil dengan idea menggunakan kostum adiwira dan kartun untuk menyambut kedatangan murid.

Hubungan dingin Jepun-China tidak menjejas kutipan box office 'Doraemon'
'Stand By Me Doraemon' filem pertama Jepun ditayangkan di China sejak 2012 oleh kerana hubungan dingin antara kedua-dua negara.

Penerbit komik kontroversi Ultraman beroperasi tanpa permit, guna alamat palsu - KDN
Penerbit komik kontroversi "Ultraman The Ultra Power" didapati beroperasi tanpa permit penerbitan dan guna alamat palsu.

KDN tidak haram Ultraman, cuma komik terbabit yang haram
KDN mengesahkan bahawa Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', diwartakan kerana watak Ultraman King digelar sebagai -Allah-.