Ingin melihat murid gembira datang ke sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rengit, Batu Pahat, dan SK Taman Scientex, di sini, tampil dengan idea menggunakan kostum adiwira dan kartun untuk menyambut kedatangan murid.
Kostum ditampilkan SK Sri Rengit merupakan adiwira Ultraman manakala SK Taman Scientex menampilkan Mickey dan Minnie Mouse.
Hasilnya, inisiatif berkenaan menjadi viral di media sosial selain mendapat sambutan baik daripada kalangan ibu bapa murid sekolah berkenaan.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sri Rengit, Zizi Edrianna Md Arshad berkata idea terbabit timbul selepas perbincangan dalam kalangan guru yang mahukan kelainan untuk murid khususnya murid Tahun Satu dan prasekolah.
"Memang pihak sekolah ada melakukan sambutan terhadap murid baru setiap tahun... cuma, tahun ini kelainannya menggunakan kostum.
"Alhamdulillah, kami mendapat maklum balas baik daripada ibu bapa dan murid-murid juga seronok bila lihat 'Ultraman' di sekolah," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Zizi Edrianna berkata perbincangan berkenaan diadakan melalui mesyuarat bersama 31 guru di bawah Program Penyayang dan mendapat persetujuan daripada Guru Besar sekolah.
Beliau berkata SK Sri Rengit mempunyai seramai 390 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam dan 50 murid prasekolah.
Sementara itu, Guru Besar SK Taman Scientex Ramlah Othman pula berkata langkah menggunakan kostum dilihat bersesuaian dalam meningkatkan motivasi murid dan guru.
"Bila murid rasa seronok datang ke sekolah, mereka jadi seronok untuk belajar dan cikgu-cikgu kita pun rasa seronok mengajar.
"Tahun lepas kita sambut murid dengan kostum Upin dan Ipin serta Kungfu Panda. Tahun ini kita tampilkan karakter Mickey dan Minnie Mouse dan sambutan yang kita terima daripada ibu bapa sangat menggalakkan," katanya.
Menurut Ramlah, inisiatif itu juga mendapat sokongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
SK Taman Scientex mempunyai 50 murid prasekolah, 2,120 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam serta 97 guru, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2017

SK Sri Rengit, Batu Pahat, dan SK Taman Scientex, tampil dengan idea menggunakan kostum adiwira dan kartun untuk menyambut kedatangan murid. - fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.

Polis kesan lelaki hilang, temui kereta di kebun kelapa sawit
Lelaki berusia 43 tahun itu yang dikenali sebagai Edwin Soo Seng Kok juga gagal dihubungi ahli keluarga yang melaporkan kehilangannya itu.

Keracunan: Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.

Lelaki intai wanita dalam tandas awam di Batu Pahat ditahan
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai seorang wanita di dalam tandas di pusat membeli-belah di Jalan Flora Utama, Batu Pahat semalam.

Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.

Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.

Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.

Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.

Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.