KUALA LUMPUR: United Kingdom (UK) berharap Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada sasaran melindungi 30 peratus daripada Bumi, meliputi darat dan laut menjelang 2030 (juga dikenali sebagai 30 by 30), kata Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay.
Beliau berkata UK bersama 100 negara lain menetapkan sasaran baharu sebanyak 30 peratus hingga 2030 untuk diterima pakai pada rundingan biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akhir tahun ini.
Hay berkata Malaysia komited untuk mengambil tindakan berani bagi menangani perubahan iklim melalui Sumbangan Nasional yang Ditentukan (NDC) negara yang dipertingkatkan dan komitmen baharunya untuk mencapai neutraliti karbon.
"Penghujung tahun ini, lebih 100 negara akan berhimpun untuk membangunkan matlamat global baharu mengenai biodiversiti dalam rangka kerja yang akan dilaksanakan sepanjang dekad akan datang, dengan tujuan memperkenalkan bumi yang sihat dan kesejahteraan manusia.
"Itu sangat penting bagi Malaysia kerana menjadi antara negara yang paling mega-diverse di bumi ini, dan kita perlu mempunyai iltizam yang tinggi dalam bidang ini," katanya pada Sidang Kemuncak Korporat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bertajuk "Memacu Kelestarian dan Transformasi Mampan" semalam.
Sidang kemuncak itu dianjurkan bersama The Economic Club of Kuala Lumpur (ECKL) dan Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik.
Mengenai sumbangan Malaysia kepada Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP26), Hay berkata negara itu telah mengesahkan Deklarasi Pemimpin Glasgow mengenai Hutan dan Penggunaan Tanah yang berjuang menghenti penebangan hutan dan mengubahnya, serta Ikrar Metana Global, menetapkan matlamat bersama untuk mengurangkan pelepasan gas metana global sebanyak 30 peratus sebelum 2030.
Beliau juga menambah bahawa UK akan terus menyokong Malaysia dalam perjalanan peralihan iklimnya dan pembangunan strategi tindakan iklim jangka panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
Hay berkata UK akan terus menyokong Malaysia dalam perjalanan peralihan iklimnya dan pembangunan strategi tindakan iklim jangka panjang. - Gambar fail BERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak GBP72 juta (hampir RM400 juta), lapor agensi berita PA Media.
Pekerja infrastruktur kereta api UK adakan mogok 24 jam
Pekerja infrastruktur kereta api di United Kingdom (UK) akan mengadakan mogok selama 24 jam pada Sabtu berikutan pertikaian berkaitan amalan kerja.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
UK mulakan percubaan minggu kerja 4 hari dengan 1,000 pekerja
Sebanyak 17 syarikat akan menguji jadual kerja yang lebih pendek, dengan beberapa memilih model kerja sembilan hari dalam dua minggu.
Pelajar Malaysia dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh bayinya di UK
Mahkamah Mahkota Warwick menjatuhkan hukuman ke atas Jia Xin Teo, 22, pada Jumaat (25 Okt) di selepas disabitkan atas kesalahan membunuh
Kaspersky Labs kini tutup perniagaan di UK pula
Kaspersky Labs mengatakan bahawa ini dilakukan untuk menyelaraskan perniagaan mereka di rantau tersebut.
Na'imah peroleh pasport sementara untuk ke UK, Jepun bagi urusan kerja
Hakim membenarkan permohonan itu selepas peguam memaklumkan anak guamnya memohon mendapatkan pasport dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan.
UK gesa rakyatnya segera tinggalkan Lubnan
Gesaan itu dibuat memandangkan ketegangan di Lubnan semakin meningkat dan situasi mampu memburuk dengan pantas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UK mula proses tamat penerbangan terus dengan Iran
United Kingdom (UK) telah memulakan proses menamatkan penerbangan terus dengan Iran berhubung dakwaan Tehran membekalkan senjata kepada Rusia.