BEBERAPA  bulan selepas Kaspersky Labs, syarikat pengelola perisian keselamatan PC yang berasal dari Rusia dipaksa untuk menutup perniagaan mereka di Amerika Syarikat.


Ringkasan AI
  • Kaspersky Labs akan menutup perniagaan mereka di United Kingdom, dengan pemberhentian pekerja secara berperingkat dan penutupan pejabat di London.
  • Pelanggan individu dan korporat masih boleh menggunakan perisian Kaspersky, tetapi pertanyaan dan pembelian akan diuruskan oleh pasukan di Eropah.
  • Langkah ini diambil untuk menyelaraskan perniagaan Kaspersky di rantau tersebut tanpa menjejaskan sokongan dan perkhidmatan pelanggan sedia ada.


Kini dilaporkan mereka akan mula menutup perniagaan di United Kingdom pula.

Perkara ini dilaporkan oleh TechCrunch, yang mengesahkan bahawa pasukan syarikat tersebut, yang hadir dengan kurang dari 50 pekerja akan diberhentikan secara berperingkat, di mana pengakhirannya ialah pejabat syarikat tersebut di London akan ditutup.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat, para pelanggan individu dan korporat Kaspersky Labs masih lagi boleh menggunakan perisian sekuriti mereka, cuma sebarang pertanyaan dan pembelian perisian akan dilakukan menerusi pasukan Kaspersky Labs yang beroperasi di kawasan Eropah.

Kaspersky Labs mengatakan bahawa perkara ini dilakukan untuk menyelaraskan perniagaan mereka di rantau tersebut.

Untuk pengguna baharu dan sedia ada, perkara ini tidak akan menukar apa-apa dari segi sokongan dan perkhidmatan pelanggan.

Setakat ini, tidak diketahui lagi bilakah Kaspersky Labs akan menutup perkhidmatan di UK sepenuhnya, tetapi jangkaan kami ialah ia akan berlaku tidak lama lagi. -Amanz