KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula esok sehingga 31 Ogos.
Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata ujian tersebut bertujuan mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal USJ ke Seafield terutamanya pada waktu puncak.
"Ujian rintis awam ini dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," menurut PLUS dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ujian tersebut akan dilaksanakan di USJ ke Seafield di antara kilometer (km) 8.1 hingga km 6.1 arah utara di lebuhraya ELITE mulai 6.30 pagi hingga 9.30 pagi pada setiap Isnin hingga Ahad kecuali hari kelepasan am.
Katanya, sepanjang tempoh tersebut, lorong paling kiri yang sedia ada akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk menambah kapasiti lorong dan membantu melancarkan trafik pada waktu puncak pagi.
"Ketika laluan SmartLane ini diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara waktu sebagai langkah untuk menambah kapasiti laluan terbabit sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan mereka.
"Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali menggunakan bahu jalan atau laluan kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yusuf berkata pihaknya juga telah melakukan persediaan untuk melaksanakan inisiatif itu dengan pemantauan oleh anggota polis, JPJ dan PLUSRonda, selain papan tanda trafik dan trak tunda tambahan turut disediakan sekiranya berlaku kecemasan.
"Secara purata, kira-kira 75,000 kenderaan menggunakan laluan USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE pada setiap hari. Daripada jumlah tersebut, 58 peratus menggunakan laluan terbabit secara serentak pada waktu puncak di sebelah pagi," katanya.
Selain itu, beliau berkata laluan tersebut dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan di laluan terbabit pada waktu puncak sekiranya tiada sebarang insiden seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan di laluan tersebut.
Beliau juga berkata pengguna lebuh raya boleh mengenal pasti penggunaan laluan 'SmartLane' itu melalui papan tanda laluan 'SmartLane' serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit atau merujuk laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik.
Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan pengguna supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
![Ujian rintis 'SmartLane' di Lebuhraya ELITE bermula esok, bantu lancar trafik USJ-Seafield - PLUS Ujian rintis 'SmartLane' di Lebuhraya ELITE bermula esok, bantu lancar trafik USJ-Seafield - PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81596899853_LebuhrayaElite.jpg)
Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula esok sehingga 31 Ogos. - BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Remaja lelaki maut tersepit, kereta dipandu langgar belakang lori Remaja lelaki maut tersepit, kereta dipandu langgar belakang lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707783552_TBeksiden.jpg)
Remaja lelaki maut tersepit, kereta dipandu langgar belakang lori
Kereta Perodua Myvi dipandu remaja itu melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan gas di Kilometer 34.5 Lebuhraya Elite arah utara awal pagi tadi.
![Lari daripada polis, tiga parah kereta terbabas Lari daripada polis, tiga parah kereta terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682583761_Laridaripadapolis.jpg)
Lari daripada polis, tiga parah kereta terbabas
Kenderaan suspek terbabas ketika melalui susur keluar Putra Heights.
!['Sempat hubungi arwah kakak sebelum kejadian' 'Sempat hubungi arwah kakak sebelum kejadian'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639864777_TBMAUT.jpg)
'Sempat hubungi arwah kakak sebelum kejadian'
Kali terakhir dia berbalas mesej dengan arwah kakaknya ialah pada jam 10.18 malam untuk mengetahui keadaan kereta dinaiki mereka.
![Kereta dinaiki 9 beranak maut dirempuh treler ketika 'jumper' bateri Kereta dinaiki 9 beranak maut dirempuh treler ketika 'jumper' bateri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639864777_TBMAUT.jpg)
Kereta dinaiki 9 beranak maut dirempuh treler ketika 'jumper' bateri
Keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Padang Jawa, dari kampung mereka di Melaka.
![Pemandu treler terbabit nahas korban 10 mangsa direman Pemandu treler terbabit nahas korban 10 mangsa direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639863742_TBKEMALANGAN.jpg)
Pemandu treler terbabit nahas korban 10 mangsa direman
Lelaki berusia 37 tahun berkenaan direman selama empat hari bermula Sabtu untuk membantu siasatan.
![Seorang rentung, tiga cedera, kereta langgar pokok di Cyberjaya Seorang rentung, tiga cedera, kereta langgar pokok di Cyberjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581817837_Keretarentung.jpg)
Seorang rentung, tiga cedera, kereta langgar pokok di Cyberjaya
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 3.19 pagi ini.
![Pemandu cedera bas terbalik di Lebuhraya Elite Pemandu cedera bas terbalik di Lebuhraya Elite](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51453565849_CarAccident.jpg)
Pemandu cedera bas terbalik di Lebuhraya Elite
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan selepas melanggar kereta, bas berkenaan hilang kawalan dan terbalik di tengah-tengah laluan lebuh raya.
![Kebakaran hutan dekat Lebuhraya Elite hampir padam sepenuhnya - Bomba Kebakaran hutan dekat Lebuhraya Elite hampir padam sepenuhnya - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448681947_Forestfire.jpg)
Kebakaran hutan dekat Lebuhraya Elite hampir padam sepenuhnya - Bomba
Jika keadaan cuaca mengizinkan, usaha pemadaman pihak bomba akan berakhir dalam masa terdekat.
![Hasrat lakukan ibadah korban tidak kesampaian, suami isteri maut Hasrat lakukan ibadah korban tidak kesampaian, suami isteri maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442740600_CarAccident.jpg)
Hasrat lakukan ibadah korban tidak kesampaian, suami isteri maut
Hajat pasangan suami isteri mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai.