Hajat pasangan suami isteri mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai, pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, tiga orang anak pasangan itu cedera, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kenderaan Proton Exora yang dinaiki keluarga itu terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan.
Pasangan itu dikenali sebagai Nordin Mohd Tahir, dan isterinya, Hasnah Ishak, masing-masing berumur 47 tahun, maut di lokasi kejadian.
Mangsa yang cedera dikenali sebagai Alif Asyraf, 21, dan Nur Adriana Athirah, 18, masing-masing mengalami cedera ringan; Alif Amirul Aiman, 15, mengalami cedera parah sementara Nur Aina Aqila, 11, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan selepas tayar belakang kenderaan yang dipandu di lorong tengah pecah dan merempuh besi pembahagi jalan.
"Besi pembahagi jalan tembus ke dalam kenderaan itu dan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian. Semasa kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju Kuala Pilah," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Beliau berkata hasil siasatan polis di lebuh raya itu mendapati keadaan tempat kejadian adalah jalan lurus dan permukaan jalan kering.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat manakala tiga yang cedera turut dirawat di hospital sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, abang ipar Nordin, Zainal Abidin Jamal, 55, yang ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Putrajaya berkata mereka sudah berjanji untuk melaksanakan ibadah korban di kampung halaman pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.
"Kami sekeluarga amat rapat dengan keluarga arwah. Salah seorang anaknya pernah tinggal dengan kami sebelum ini. Kehilangan mereka memang amat dirasai," katanya.
Zainal berkata kini keempat-empat anak pasangan itu masih trauma dengan kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa mereka.
Beliau berkata jenazah mangsa akan dikebumikan di Kampung Terusan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Katanya, kali terakhir jumpa Nordin ialah selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.
Bernama
Thu Sep 24 2015
Siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan selepas tayar belakang kenderaan yang dipandu di lorong tengah pecah dan merempuh besi pembahagi jalan. - Gambar Fail
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Polis gagalkan cubaan menyamar sebagai Menteri Besar Selangor
Polis menggagalkan tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai Menteri Besar Selangor dengan tujuan mendapatkan geran tanah milik kerajaan negeri.
Rumah pegawai kanan SPRM terbakar
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, kes dipercayai akibat perbuatan khianat.
Kes langgar lari Cyberjaya: Polis tahan empat pelajar
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kesemua suspek merupakan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.
Bantuan pernafasan anggota bomba tertanggal ketika operasi
Anggota bomba yang lemas diikat pasa satu tali ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja.
Penuntut UiTM berbual telefon maut jatuh tingkat 4
Pelajar jurusan Sains berusia 18 tahun itu dipercayai tergelincir ketika duduk di atas palang balkoni bilik asrama di tingkat empat semasa bercakap di telefon.
Proses bedah siasat mayat lelaki Korea Utara selesai
Proses bedah siasat terhadap mayat lelaki warga Korea Utara yang mati Isnin lepas dilaporkan selesai petang tadi.
Pemandu GrabCar mati sejurus bawa penumpang ke klia2
Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi jantung sejurus tiba di klia2 untuk menurunkan penumpang.
Hasrat lakukan ibadah korban tidak kesampaian, suami isteri maut
Hajat pasangan suami isteri mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai.
Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya
Mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti dekat sini.