PETALING JAYA:Dua individu termasuk seorang lelaki bergelar 'Datuk' yang dipercayai terlibat dalam insiden ugut dan pukul seorang pelanggan di sebuah restoran di Tropicana Avenue, Persiaran Tropicana, di sini pada Selasa lalu ditahan reman selama dua hari.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 42 tahun itu bermula hari ini sehingga 16 Januari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 506 kanun yang sama.
Bagi kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, kedua-dua suspek berdepan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara bagi kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
BACA: Video tular: Ugut dan tampar pelanggan restoran, 'Datuk' ditahan
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 3.40 petang di Mutiara Damansara, pada Khamis selepas sebuah rakaman video berdurasi 29 saat tular di media sosial.
Polis sebelum ini memaklumkan, berdasarkan siasatan kejadian itu dipercayai berpunca apabila suspek ditegur oleh seorang pelanggan yang duduk di meja bersebelahan kerana bercakap dengan nada yang tinggi.
Pemeriksaan polis juga mendapati suspek pertama iaitu lelaki bergelar Datuk itu mempunyai rekod lampau membabitkan ugutan jenayah dan mendatangkan bencana dua tahun lalu.
Umavathi Ramayah
Fri Jan 15 2021

Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 42 tahun itu bermula hari ini. - Gambar media sosial

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jurugambar hadap pertuduhan serang dua pereka fesyen tempatan
Seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah esok atas pertuduhan menyerang dan mendatangkan kecederaan kepada dua orang lelaki di Hotel Avante, Petaling Jaya di sini, pada Rabu.

Video tular: 'Datuk' pukul pelanggan restoran dituduh esok
Lelaki bergelar 'Datuk' dan rakannya yang dipercayai memukul seorang pemuda di sebuah restoran di Persiaran Tropicana akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Ugut dan tampar pelanggan restoran, 'Datuk' ditahan reman dua hari
Dua individu termasuk seorang lelaki bergelar 'Datuk' yang dipercayai terlibat dalam insiden ugut dan pukul seorang pelanggan di sebuah restoran ditahan reman dua hari.

Wanita maki polis mengaku tidak bersalah
Tong Poh Kim, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.

'Abang Botak' bebas daripada jalani hukuman penjara
Danial Abdullah Tan, 31 atau lebih dikenali sebagai 'abang botak' oleh warganet kini dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara 12 bulan.

Menanti jawapan misteri kematian bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan
KEHADIRAN dua remaja berpakaian seragam sekolah menengah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor menarik perhatian ramai

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman: 5 mengaku tidak bersalah miliki senjata berbahaya
Lima individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas satu pertuduhan berada di kawasan rusuhan dan memiliki senjata di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Seafield.

'Mat despatch' sepak isteri dipenjara 12 bulan
Mohd Malek Mohd Ghani turut dipenjara selama tiga bulan kerana mengugut isterinya, Maznah Ramli.

Datuk Farid Kamil didakwa lagi...
Selepas menghadapi lima pertuduhan, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membuat laporan polis palsu.

Polis tahan dua individu bantu siasatan 1MDB
Polis mengesahkan menahan dua individu - seorang bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysiadan seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara -- untuk membantu siasatan berhubung akaun 1MDB.