KUALA TERENGGANU: Ubur-ubur beracun dikenali sebagai portuguese man o' war atau ubur-ubur api berwarna biru dilihat muncul kembali di pesisiran pantai di Terengganu.
Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan dalam satu hantaran di Facebook berkata, terdapat lebih kurang 50 ekor ubur-ubur dijumpai di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus setakat jam 10.30 pagi Jumaat.
Menurutnya, sejak dua hari lepas terdapat penemuan beberapa ekor ubur-ubur itu ditemukan di Pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) oleh sukarelawan yang bersiar-siar di pantai berkenaan.
"Lebih mengejutkan apabila seorang staf 'Institute of Climate Adaptation and Marine Biotechnology' (ICAMB), UMT iaitu Dr CS Thirukanthan yang merupakan seorang Pegawai Sains Kanan telah menemui lebih kurang 50 ekor ubur-ubur api itu di Pantai Teluk Ketapang pada Jumaat.
"Haiwan tersebut telah muncul dengan sangat banyak sejak lima tahun kebelakangan ini pada awal Januari dan Februari setiap tahun.
"Namun tahun ini lebih mengejutkan haiwan tersebut mulai ditemui terdampar pada akhir Disember dengan kuantiti yang banyak," katanya.
Justeru, orang awam diminta lebih berhati-hati ketika bercuti atau melawat di mana-mana pantai sekitar Terengganu.
"Ubur-ubur biru yang nampak cantik ini, berbisa dan bahaya jika disentuh.
"Sila dapatkan rawatan segera jika terdapat tanda-tanda sengatan dan simptom-simptom kebas.
"Jika terjumpa diminta laporkan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan Perikanan Negeri atau pihak berkaitan," jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 30 2023

Ubur-ubur beracun dikenali sebagai portuguese man o' war. -Facebook Pusat Rujukan & Repositori Laut China Selatan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ubur-ubur beracun: PBT disaran pasang papan tanda amaran
Kerajaan negeri Terengganu menyarankan PBT di setiap daerah memasang papan tanda amaran di kawasan pantai tumpuan pengunjung susulan penemuan ubur-ubur beracun jenis Portuguese Man o'War.

Cuka rawatan awal sengatan ubur-ubur
Orang ramai boleh menggunakan cuka sebagai rawatan awal untuk sengatan ubur-ubur, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Wan Muhammad Aznan Abdullah.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.