IPOH: Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya yang telah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun warga Perancis di Pulau Pangkor pada Isnin.
Pengarah Jabatan Perikanan negeri Noraishah Hashim berkata maklumat tersebut diperoleh hasil siasatan pihaknya ke kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor hari ini.
"Namun Jabatan Perikanan akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkaitan supaya dapat meletakkan papan tanda amaran (awas) kehadiran ubur-ubur berbahaya.
"Pengunjung juga turut diminta agar lebih berhati-hati untuk tidak menyentuh kehidupan tersebut jika terjumpa di laut atau kawasan sekitar," katanya kepada Bernama dan menambah pihaknya akan memantau kawasan tersebut dari semasa ke semasa untuk tujuan keselamatan.
Dilapor, kanak-kanak tersebut meninggal dunia dipercayai akibat terkena sengatan ubur-ubur semasa mandi di pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor, pada Isnin kira-kira 6.45 petang.
Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seri Manjung mendapati punca kematian adalah disebabkan jellyfish envenomation atau pembisaan ubur-ubur dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022

Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya yang telah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun warga Perancis di Pulau Pangkor pada Isnin. - Gambar hiasan/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ubur-ubur beracun: PBT disaran pasang papan tanda amaran
Kerajaan negeri Terengganu menyarankan PBT di setiap daerah memasang papan tanda amaran di kawasan pantai tumpuan pengunjung susulan penemuan ubur-ubur beracun jenis Portuguese Man o'War.

Cuka rawatan awal sengatan ubur-ubur
Orang ramai boleh menggunakan cuka sebagai rawatan awal untuk sengatan ubur-ubur, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Wan Muhammad Aznan Abdullah.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.