KUALA LUMPUR: Persepsi graduan politeknik dan kolej komuniti kelas kedua adalah pandangan lapuk, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran.
Beliau berkata, stigma itu wujud sejak sekian lama mungkin kerana 20 ke 30 tahun lalu majikan lebih gemar mengambil graduan yang cemerlang dalam akademik untuk bekerja, namun kini perkara itu sudah tidak relevan.
"Pada zaman globalisasi ini, keperluan majikan sudahpun berubah dan tidak melihat kelayakan akademik semata-mata untuk dijadikan syarat pengambilan pekerja.
"Selain kelayakan akademik, apa yang diharapkan majikan pada hari ini ialah kemampuan seseorang itu melaksanakan tugas ataupun tanggungjawab yang diberikan dengan baik," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sambil menegaskan kualiti graduan dihasilkan kedua-dua intitusi itu amat baik, Mohammad Shatar berkata, pihaknya sentiasa mengawal selia kualiti program semua intitusi pengajian tinggi (IPT) secara berkala.
Beliau berkata, masyarakat tidak perlu bimbang mengenai isu kebolehpasaran sekiranya anak mereka mengikuti pengajian di dua IPT berkenaan kerana tahapnya melebihi 90 peratus saban tahun.
Dalam konteks hari ini, katanya, kualiti pembelajaran yang diberikan kepada graduan adalah sama tidak kira sama ada di universiti, politeknik atau kolej komuniti.
“Mereka menawarkan program berdasarkan keperluan industri serta niche masing-masing dalam konteks pasaran kerja dan kerjaya yang amat luas.
"Kualiti pendidikan di IPT tempatan sentiasa berada pada tahap yang maksimum kerana MQA tidak akan sekali-kali berkompromi dalam aspek kualiti terhadap semua IPT termasuklah politeknik dan kolej komuniti," katanya.
Mohammad Shatar berkata, majikan kini bukan sekadar melihat kelayakan akademik, namun keseimbangannya dengan kemahiran teknikal graduan.
Bagi pihak industri, katanya, kecemerlangan tidak tertumpu kepada akademik sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah sejauh mana kemampuan graduan mempamerkan kemahiran insaniah mereka seperti berkomunikasi, kepemimpinan, menyelesaikan masalah dan bekerja dalam kumpulan selain aspek disiplin dan etika.
"Peluang kerjaya bagi graduan berkemahiran di negara ini juga tinggi kerana kadar guna tenaga yang memiliki kemahiran ini masih pada tahap rendah berbanding penggunaan tenaga kerja di negara maju yang memerlukan lebih 60 peratus pekerja berkemahiran.
“Mereka juga berpeluang untuk menjadi usahawan atau membina kerjaya di luar negara kerana status akreditasi program yang diikuti akan memudahcara perkara tersebut. " katanya.
Astro Awani
Mon Jun 07 2021

Majikan kini bukan sekadar melihat kelayakan akademik, namun keseimbangannya dengan kemahiran teknikal graduan. - Gambar hiasan/ Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.

Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.

Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.

Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.

China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.