KUANTAN: Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada 168 negara yang menandatangani Konvensyen New York sebagai memberi makluman awal jika terdapat mana-mana pihak mahu membawa tuntutan mewakili pihak didakwa waris Sultan Jamalul Kiram II atau penimbang tara Dr Gondoza Stampa berhubung 'Final Award' kepada waris Sultan Sulu.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata tindakan proaktif itu diambil supaya 168 negara itu mengetahui pihak berkenaan membuat tuntutan tersebut secara satu pihak selain proses diplomatik tersebut diharap membolehkan negara terlibat memaklumkan Malaysia jika ada permohonan serupa difailkan di negara mereka.
Secara keseluruhannya, terdapat 169 negara yang menandatangi Konvensyen New York, bagaimanapun Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, sebelum ini telah membuat keputusan supaya Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.
"Kementerian Luar akan menghantar notis kepada Kementerian Luar 168 negara terlibat kerana Stampa telah membuat Final Award di Perancis dan kita tidak tahu jika mereka (Stampa dan waris Sultan Sulu) akan berhenti di Perancis atau ke negara lain pula selepas ini dengan tuntutan sama.
"Kita telah membuat permohonan untuk membatalkan Final Award ini dan kini sedang menunggu keputusan daripada Mahkamah Perancis yang dijangkakan tidak lama lagi," katanya pada sidang media semasa ditemui pada Jamuan Raya Parlimen dan Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota di sini hari ini.
Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan dibuat pihak mendakwa waris kepada Sultan Sulu dan menolak sepenuhnya Final Award dikeluarkan Stampa atas dakwaan pelanggaran Perjanjian 1878 antara Sultan Sulu ketika itu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent, yang menyaksikan Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara, kini Sabah.
Sebagai balasan, Sultan Sulu serta warisnya diberikan wang serahan RM5,300 setiap tahun, bagaimanapun susulan serangan bersenjata di Lahad Datu, bayaran itu dihentikan pada 2013.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata beliau bertemu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor semalam, dan memaklumkan tindakan kerajaan Persekutuan dalam menangani isu tuntutan waris Sultan Sulu, dengan kedua-dua pihak bersetuju pertemuan lebih kerap dapat dilakukan bagi melancarkan usaha tersebut.
Selain berkaitan tuntutan Sultan Sulu, Saifuddin berkata beliau dan Hajiji juga bersetuju supaya wakil rasmi dari Sabah akan dilibatkan dalam dua jawatankuasa perundingan sempadan Malaysia-Indonesia yang melibatkan sempadan maritim dan darat.
"Saya juga akan bertemu dengan Ketua Menteri, Menteri Besar dan Premier negeri yang bersempadan dengan negara-negara jiran supaya kita lebih bersistematik dan jawatankuasa perundingan sempadan akan ada wakil negeri berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

SAIFUDDIN: Kita telah membuat permohonan untuk membatalkan Final Award ini dan kini sedang menunggu keputusan daripada Mahkamah Perancis yang dijangkakan tidak lama lagi. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry
Sabah diiktiraf PBB dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 Sept 1963.

Isu tuntutan waris Sultan Sulu harus dibahaskan di Parlimen - Anifah Aman
Parlimen harus membenarkan isu berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas negeri Sabah dibahaskan kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

Tuntutan kumpulan Sulu: PKR buat laporan polis, desak Najib disiasat
PKR membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung isu tuntutan daripada waris keturunan Sulu.

Pasukan khas tangani tuntutan waris Sultan Sulu perlu teliti secara mendalam - ABIM
Pasukan khas bagi menangani isu tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Malaysia disaran meneliti secara mendalam berhubung tuntutan berkenaan.

Tindakan kerajaan tangani isu rampasan dua aset Petronas dipersoal
Menurutnya, tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan kerana isu tersebut telah mencemarkan kedaulatan negara.

Tuntutan waris Sultan Sulu: Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata tindakan proaktif itu diambil supaya 168 negara itu mengetahui pihak berkenaan membuat tuntutan tersebut secara satu pihak.