KUALA LUMPUR: Parlimen harus membenarkan isu berhubung tuntutan waris Sultan Sulu dibahaskan kerana ia melibatkan kedaulatan negara.
Menurut bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis itu perlu dibenarkan.
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Anifah turut menyanggah kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang berkata adalah tidak wajar mendedahkan strategi negara dalam menangani isu ini.
Ini kerana ujarnya, usul tetap perlu dibahaskan bagi membolehkan rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah tahu mengenai status negara mengenai isu tersebut.
‘’Memang adalah tidak bijak mendedahkan strategi Malaysia tentang cara menangani isu ini.
‘’Bagaimanapun berapa lama kita harus berdiam diri mengenai perkara ini? Rakyat Malaysia khususnya di Sabah ingin tahu sama ada kedaulatan kita dicabul atau sebaliknya dan apa usaha kerajaan dalam memastikan kedaulatan negara terus dipertahankan.
‘’Kami juga tidak meminta kerajaan mendedahkan perkara yang sulit semasa perbahasan kerana saya pasti semua ahli parlimen tahu bahawa beberapa perkara adalah sulit dan hanya didedahkan kepada ahli kabinet kanan,’’ katanya.
Selain itu, Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah itu berkata adalah menjadi hak setiap ahli parlimen untuk membahaskan isu ini kerana mereka mewakili suara rakyat.
‘’Ahli parlimen khususnya dari Sabah ingin membahaskan isu ini kerana ia adalah sesuatu yang membimbangkan rakyat negeri itu dan adalah menjadi hak mereka membangkitkannya di parlimen.
‘’Saya difahamkan usul ini telah dikemukakan semula kepada Pejabat Speaker dan berharap Speaker akan membenarkan isu ini dibahaskan. Apa gunanya mengamalkan sistem demokrasi jika persoalan asas berkaitan kedaulatan tidak boleh dibahaskan,’’ ujarnya lagi.
Tambahnya, rampasan anak syarikat Petronas di Azerbaijan oleh waris Sultan Sulu adalah soal kepentingan negara manakala tuntutan mereka ke atas Sabah adalah melibatkan soal keselamatan rakyat Sabah.
‘’Rampasan dibuat berdasarkan tuntutan yang tidak diiktiraf dan fakta bahawa aset yang dirampas adalah ibarat gangguan asing yang sama sekali tidak menghormati pendirian kita untuk tidak mengiktiraf tuntutan ke atas Sabah.
‘’Apa lagi yang boleh dirampas oleh mereka dengan bantuan negara asing? Bolehkah mereka merampas tanah di Sabah dan sekiranya ia berlaku, apa akan terjadi kepada rakyat di Sabah?,’’ tambahnya lagi.
Syafik Shukri Jalil
Thu Jul 21 2022

Ini kerana ujarnya, usul tetap perlu dibahaskan bagi membolehkan rakyat Malaysia khususnya warga negeri Sabah tahu mengenai status negara mengenai isu tersebut. FOTO: Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry
Sabah diiktiraf PBB dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 Sept 1963.

Isu tuntutan waris Sultan Sulu harus dibahaskan di Parlimen - Anifah Aman
Parlimen harus membenarkan isu berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas negeri Sabah dibahaskan kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

Tuntutan kumpulan Sulu: PKR buat laporan polis, desak Najib disiasat
PKR membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung isu tuntutan daripada waris keturunan Sulu.

Pasukan khas tangani tuntutan waris Sultan Sulu perlu teliti secara mendalam - ABIM
Pasukan khas bagi menangani isu tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Malaysia disaran meneliti secara mendalam berhubung tuntutan berkenaan.

Tindakan kerajaan tangani isu rampasan dua aset Petronas dipersoal
Menurutnya, tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan kerana isu tersebut telah mencemarkan kedaulatan negara.

Tuntutan waris Sultan Sulu: Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata tindakan proaktif itu diambil supaya 168 negara itu mengetahui pihak berkenaan membuat tuntutan tersebut secara satu pihak.