KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mengiktiraf atau melayan sebarang tuntutan remeh yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu ke atas Sabah.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 Sept 1963.
"Malah kolokium ini tepat pada masanya kerana kita baru sahaja meraikan sambutan Hari Malaysia yang ke-60 lebih seminggu lepas," katanya dalam ucapan penutup di Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London 2023: Kedaulatan Negara dan Kekebalan dalam Timbang Tara Komersial di Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC), di London, pada Isnin.
Zambry berkata, meskipun penghakiman bersejarah yang dibuat oleh mahkamah di Perancis dan Belanda sebelum ini berkaitan tuntutan kumpulan Sulu memihak kepada Malaysia, negara masih berdepan pertempuran dari segi perundangan merentasi pelbagai bidang kuasa di beberapa negara dalam usahanya untuk membatalkan pengiktirafan dan penguatkuasaan award akhir timbang tara dalam kes itu.
"Meskipun kesemua tindakan ini telah mengorbankan sumber yang berharga iaitu dana yang boleh digunakan bagi menyokong perkembangan sosioekonomi di Malaysia, saya ingin mengulangi di sini bahawa Malaysia tidak akan berkompromo dalam usaha melindungi kedaulatan dan integriti wilayahnya," kata beliau.
Zambry juga berkata, apa yang lebih menjengkelkan susulan pemberian award akhir itu ialah hakikat bahawa nasib Malaysia masih diputuskan oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan rantau Asia Tenggara.
"Mengapa kelangsungan dan nasib Malaysia terletak di tangan penimbang tara yang berlagak seperti seorang samseng di Eropah? Ungkapan tidak adil langsung tidak boleh mentafsirkan penjajahan bentuk baharu ini. Malah ia menunjukkan sedari mula lagi, proses timbang tara itu adalah salah. Atau terma yang lebih biasa didengar oleh khalayak hari ini ialah mala fide," katanya.
"Setakat ini, terdapat kebimbangan lebih besar bahawa jika kekurangan dan kelemahan dalam proses timbang tara antarabangsa tidak ditangani dengan segera, negara lain mungkin berdepan nasib yang serupa dengan Malaysia.
"Hakikat bahawa entiti bukan negara boleh meneruskan penguatkuasaan serentak award akhir yang penuh dengan tipu helah itu tanpa persetujuan pihak yang berkaitan atau dalam kata lain, 'forum-shopping' sepatutnya menjadi amaran kepada kita semua di sini hari ini.
"Bagaimana kita boleh membiarkan timbang tara diselubungi oleh dakwaan penyalahgunaan proses dan tindakan yang salah?" kata Zambry.
Beliau berkata, ketika norma, nilai dan amalan biasa semakin menjadi taruhan, semua pihak tidak boleh berdiam diri menyaksikan penyalahgunaan proses timbang tara yang berlaku di depan mata.
"Tidak dinafikan terdapat entiti jahat yang berniat untuk menjejaskan integriti dan kesahihan sistem timbang tara demi kepentingan sendiri.
"Ini akan mengancam prinsip asas keadilan dan kesaksamaan sistem undang-undang yang dipercayai oleh kebanyakan kita. Dengan itu, sudah tiba masanya kita memperbaharui ekosistem litigasi pihak ketiga bagi memastikan keseimbangan yang adil antara akses kepada keadilan dan ketelusan tindakan litigasi," katanya.
Zambry juga berkata, Malaysia mengakui kepentingan timbang tara sebagai sebahagian daripada resolusi pertikaian alternatif, peranan institusi timbang tara antarabangsa dan prosesnya dalam menyelesaikan isu-isu yang rumit.
"Meskipun Tuntutan Sulu telah mengejutkan Malaysia, dan saya percaya, seluruh dunia juga, ia turut menonjolkan hakikat bahawa masanya sudah tiba untuk membaik pulih sistem itu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
![Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689579540_TBZambryAbdKadir.jpg)
Zambry berkata, Malaysia mengakui kepentingan timbang tara sebagai sebahagian daripada resolusi pertikaian alternatif, peranan institusi timbang tara antarabangsa dan prosesnya dalam menyelesaikan isu-isu yang rumit. - Gambar fail Astro AWANI
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689579540_TBZambryAbdKadir.jpg)
Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry
Sabah diiktiraf PBB dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 Sept 1963.
![Isu tuntutan waris Sultan Sulu harus dibahaskan di Parlimen - Anifah Aman Isu tuntutan waris Sultan Sulu harus dibahaskan di Parlimen - Anifah Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658391822_DSAnifahOmar.jpg)
Isu tuntutan waris Sultan Sulu harus dibahaskan di Parlimen - Anifah Aman
Parlimen harus membenarkan isu berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas negeri Sabah dibahaskan kerana ia melibatkan kedaulatan negara.
![Tuntutan kumpulan Sulu: PKR buat laporan polis, desak Najib disiasat Tuntutan kumpulan Sulu: PKR buat laporan polis, desak Najib disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658226878_KepimpinanPKRbuat.jpg)
Tuntutan kumpulan Sulu: PKR buat laporan polis, desak Najib disiasat
PKR membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung isu tuntutan daripada waris keturunan Sulu.
![Pasukan khas tangani tuntutan waris Sultan Sulu perlu teliti secara mendalam - ABIM Pasukan khas tangani tuntutan waris Sultan Sulu perlu teliti secara mendalam - ABIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603003217_TBMuhammadFaisal.jpg)
Pasukan khas tangani tuntutan waris Sultan Sulu perlu teliti secara mendalam - ABIM
Pasukan khas bagi menangani isu tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Malaysia disaran meneliti secara mendalam berhubung tuntutan berkenaan.
![Tindakan kerajaan tangani isu rampasan dua aset Petronas dipersoal Tindakan kerajaan tangani isu rampasan dua aset Petronas dipersoal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657686665_NikNazmi.jpg)
Tindakan kerajaan tangani isu rampasan dua aset Petronas dipersoal
Menurutnya, tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan kerana isu tersebut telah mencemarkan kedaulatan negara.
![Tuntutan waris Sultan Sulu: Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara Tuntutan waris Sultan Sulu: Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652604748_SaifuddinAbdullah.jpg)
Tuntutan waris Sultan Sulu: Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata tindakan proaktif itu diambil supaya 168 negara itu mengetahui pihak berkenaan membuat tuntutan tersebut secara satu pihak.