Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, satu-satunya kerabat diraja yang menyertai perkhidmatan polis, menjalani latihan lasak dan keras di bawah Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telah meyakinkan Tunku Abdul Jalil untuk menyertai pasukan keselamatan itu selepas baginda menunjukkan minat dalam bidang kepolisan.
Tunku Jalil, yang mangkat akibat kanser hati pada usia 25 tahun Sabtu lepas, dilaporkan mengikuti kursus Inspektor Percubaan selama sembilan bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) ketika berusia 21 tahun, dan menamatkan latihan pada 2012.
Baginda menyertai pasukan polis dan mengikuti latihan sebagai pegawai selama setahun dan seterusnya menjalani kursus latihan UTK di kolej teknikal di Muar.
Pada Oktober lepas, baginda dilantik sebagai Ketua Turus Pengelola Diraja Istana Johor.
Hishammuddin berkata anakanda keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris itu, adalah seorang yang penyayang.
"Saya menziarahi baginda beberapa kali (sebelum baginda mangkat)," kata Hishammuddin ketika ditemui Bernama di luar Perhimpunan Agung UMNO 2015, di sini hari ini.
Kemangkatan Tunku Jalil pada usia yang masih muda, "memberi saya sesuatu yang boleh dipelajari. Hidup ini singkat dan hidup kita di tangan Allah".
Almarhum Tunku Jalil disahkan menghidap kanser hati pada akhir tahun lepas, dan pernah menjalani pemindahan hati di China sebelum ini.
Tunku Abdul Jalil mangkat pada 7.11 petang Sabtu lepas di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu, dan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah pada Ahad.
BACA: Limpah rindu Sultan Johor saat berziarah makam anakanda
BACA: 'Kepada adikku yang dikasihi ... inilah malam yang paling sukar untuk saya' - TMJ
BACA: "Saya mungkin di hospital bila awak datang," pesan akhir Tunku Jalil buat Faizdickie
BACA: "Lil, Siti hilang pemberi semangat di kala kesedihan" - Siti Nurhaliza
BACA: Rakyat, pemimpin kongsi kesedihan atas kemangkatan Tunku Jalil
BACA: 6 sebab kenapa Almarhum Tunku Abdul Jalil disegani ramai
Bernama
Thu Dec 10 2015

Tunku Jalil dilaporkan mengikuti kursus Inspektor Percubaan selama sembilan bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) ketika berusia 21 tahun, dan menamatkan latihan pada 2012.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.