Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) rasis adalah tidak salah.
Tegasnya, mana-mana pihak yang tidak mahu bersama-sama memperjuangkan asas perlembagaan boleh dikategorikan sedemikian.
"Sudah tentu ada pendapat berbeza. Saya sendiri nampak sesiapa sahaja yang tidak mahu bersama memperjuangkan atau membangunkan negara atas dasar perlembagaan dan membawa isu-isu perkauman, saya sendiri akan mengatakan mereka rasis. It's got to be clear.
"Jadi Tun Mahathir tidak salah mengatakan Dong Zong rasis kerana akan sentiasa ada penentangan dalam apa yang kita mahu lakukan dalam usaha memastikan pembangunan negara. Maksud saya, ini bukan orang baharu yang bercakap mengenai sistem pendidikan satu aliran, malah banyak negara bercakap mengenainya," katanya kepada Astro AWANI selepas menjadi tetamu jemputan dalam program Consider This pada malam Rabu.
Pada Isnin, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Dong Zong sebagai satu pertubuhan yang rasis apabila persatuan terbabit tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara termasuk idea penubuhan Sekolah Wawasan sebelum ini, sekali gus membantah pembelajaran tulisan Jawi di sekolah.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan kenyataan rasis berkenaan dan menyifatkan Dong Zong telah menarik kritikan dan kecaman, tetapi tidak pernah mengancam hak dan keselamatan rakyat Malaysia yang lain.
Mohd Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagaimanapun berkata perbezaan pendapat dalam kabinet mengenai isu berkenaan tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan (PH).
"Saya rasa tidak (menjejaskan PH) begitu. Jika ada apa-apa, kami akan selesaikan dengan menguatkan Pakatan Harapan dalam memastikan pembangunan negara. Ia adalah cabaran. Kami sebagai pemimpin perlu turun ke bawah dan menjelaskan kepada rakyat," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Wed Aug 14 2019

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) rasis adalah tidak salah. Gambar: Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengangguran perlu diurus secara efisien agar tidak berpanjangan - Penganalisis
Kadar ini sudah pasti akan meningkat namun usaha pengawalan harus dilakukan agar ekonomi dapat pulih dengan lebih cepat.

Bantuan segera adalah fokus Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan - Nancy
Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan yang diterajui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memberi fokus kepada bantuan segera bagi golongan yang terjejas dalam sektor ini ketika PKP

Beri ruang untuk ekonomi bergerak dalam Zon Hijau - Shafie
Pengurusan ekonomi negara ketika penularan COVID-19 perlu dibuat secara efisen untuk memastikan proses pemulihan pasca-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak terlalu sukar.

COVID-19: Data klinikal wajar dikongsi untuk rangka kaedah sasaran bertumpu - Dr Dzulkefly
Buat masa ini, tiada perkongsian data dibuat antara KKM dengan Pasukan Petugas COVID-19 Selangor yang diketuai beliau.

Marah, kecewa, tidak peduli antara reaksi orang ramai dalam kemelut politik kini
Terdapat pelbagai reaksi kepada kemelut politik yang sedang dihadapi negara ketika ini.

Jangan biasakan atau terima Kerajaan 'Pintu Belakang' - Bersih 2.0
Kerajaan 'pintu belakang' langsung tidak boleh dianggap sebagai kebiasaan dan diterima dalam arena politik negara.

Tun Mahathir tidak salah kata Dong Zong rasis- Mohd Redzuan
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) rasis adalah tidak salah.