KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memintanya membubarkan UMNO kerana parti itu tiada masa depan dan tidak boleh dipercayai.
Ahmad Zahid berkata semasa pertemuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Jun 2018 itu, Dr Mahathir juga memintanya memaklumkan kepada semua ahli UMNO supaya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atas nama Melayu.
"Dalam pertemuan empat mata itu, Tun Mahathir cakap UMNO tiada masa depan, UMNO sudah mati, UMNO ditolak oleh Melayu dan pengundi BN (Barisan Nasional) terkubur kerana 13 parti komponen hanya tinggal empat.
"Beliau (Dr Mahathir) meminta saya supaya lompat parti, tinggalkan UMNO dan sertai PPBM. Tun Mahathir kata UMNO tidak boleh dipercayai, perompak, penyamun, perasuah, malah jijik dan kotor. Beliau minta UMNO dibubarkan dan dia suruh saya maklumkan kepada ahli UMNO supaya sertai PPBM dan suruh saya lupakan UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal semasa membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi (YAB).
Ahmad Zahid, 69, berkata beliau menolak permintaan Dr Mahathir itu dan menyatakan bahawa sekiranya ditakdirkan beliau (Ahmad Zahid) menyertai PPBM selepas diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO dan esoknya beliau (Ahmad Zahid) meninggal dunia, kuburnya akan banjir.
"Saya menyatakan bahawa saya tidak akan bubarkan UMNO, tak rela parti ini dikuburkan tanpa batu nisan, tak mahu parti sejak 1946 itu terkubur begitu sahaja.
"Saya beritahu Tun Mahathir, jika saya sertai PPBM, tapi ditakdirkan saya mati keesokan hari, kubur saya akan banjir sebab 3.8 juta ahli UMNO datang dan kencing atas kubur saya," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata perjumpaan terbabit disampaikan oleh dua wakil iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang menyatakan bahawa Dr Mahathir berhasrat untuk berjumpanya.
"Datuk Khairuddin dan Hamidah beritahu saya bahawa Tun Mahathir nak jumpa saya, pada masa itu saya tidak terbuka nak jumpa, walaupun dia sudah jadi perdana menteri.
"Semasa pertemuan dengan Tun Mahathir, beliau menyatakan bersedia bertemu dengan sesiapa, hakikat mereka lah (Khairudin dan Hamidah) yang meminta saya berjumpa Tun M. Ini disahkan oleh Hamidah sendiri, ini bermakna Hamidah nyatakan yang benar tetapi Khairuddin pesongkan fakta," katanya.
Kepada soalan Ahmad Zaidi, selepas pertemuan dengan Tun Mahathir, apakah yang berlaku selepas itu, Ahmad Zahid menjawab: "Saya telah diugut jika tidak lompat parti ke PPBM dan jika saya tidak bubarkan UMNO, sesuatu akan dilakukan kepada saya.
Menurut Ahmad Zahid, kali kedua pertemuannya dengan Tun Mahathir berlaku bersama lima pemimpin tertinggi UMNO pada September 2018 dan ketika itu perkara sama dinyatakan kepada mereka.
Ahmad Zaidi: Boleh Datuk Seri nyatakan nama lima pemimpin itu?
Ahmad Zahid: Saya, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hasil pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata mereka berlima mengambil keputusan untuk terus menjadi ahli politik pembangkang (UMNO).
Menceritakan mengenai hubungannya dengan Dr Mahathir, beliau menyifatkan Ahli Parlimen Langkawi itu berdendam dan mencemburuinya sejak beliau menang dalam pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada 1996.
Ahmad Zahid berkata ketika beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Pengarah Cawangan Khas (PCK) menemuinya dan meminta beliau menulis surat dan meletak jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
Menurut Ahmad Zahid, PCK memintanya menulis dengan tulisan tangan iaitu 'saya dengan rela hati meletak jawatan bagi menyelamatkan Pemuda UMNO daripada pelbagai tohmahan' dan surat itu kemudian dihantar kepada Presiden UMNO ketika itu Dr Mahathir.
"Pada 2 pagi, PCK datang semula dan memberitahu saya Tun Mahathir menerima surat perletakan jawatan itu dan meminta saya menulis satu lagi surat menyatakan saya meletak jawatan dengan rela hati tanpa sebarang paksaan atau tekanan. Saya menulis surat (kedua) mengikut ayat yang diberikan oleh PCK dan selepas menghantar surat itu, saya dibebaskan daripada tahanan ISA.
"Dendam dan kecemburuannya dalam politik lebih buruk daripada cemburu di antara suami isteri. Saya tidak berniat untuk memburukkan individu yang dianggap negarawan dan tokoh negara tetapi saya nak mengatakan yang benar. Biarlah saya simpan apa yang dilakukannya," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022

Ahmad Zahid berkata, Dr Mahathir juga memintanya memaklumkan kepada semua ahli UMNO supaya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atas nama Melayu. - Gambar fail/ Bernama

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.