KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan taklimat tertutup kepada barisan kepimpinan negeri Kedah mengenai perancangan pembangunan ekonomi di bawah empat kerajaan negeri ditadbir oleh Pas atau 'State-Goverment 4'(SG4).
Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan Exco Negeri Kedah itu berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di, Alor Setar, pada petang Rabu.
Katanya, pertemuan yang berjalan dalam suasana yang amat kondusif turut mendapat reaksi positif dari Menteri Besar dan Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah.
"Dalam sesi pertemuan tersebut Tun Mahathir telah memberikan komitmen yang amat tinggi untuk terus membimbing negeri Kedah serta tiga negeri lain di bawah gabungan ‘SG4’ melalui pengalaman beliau membangunkan Malaysia pada suatu masa dahulu.
"Tun Mahathir turut bernekad untuk melihat negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis membangun maju setanding dengan negeri-negeri maju lain di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
"Ini untuk membuktikan bahawa negeri-negeri gabungan ‘SG4’ yang diurus-tadbir oleh kepimpinan Melayu turut boleh maju secara cemerlang," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Khairuddin berkata, dalam pertemuan itu, Dr Mahathir turut mengingatkan kepimpinan negeri Kedah dan negeri-negeri gabungan ‘SG4’ untuk melaksanakan transformasi kepimpinan khususnya melawan rasuah dalam agenda bagi memperkasakan ekonomi secara lebih mantap.
"Pelbagai perancangan pelaburan turut dibincangkan di peringkat awal ini bagi membangunkan ekonomi negeri Kedah merangkumi sektor perindustrian, pelacongan, pertanian, infra-struktur, pendidikan serta bidang-bidang lain.
"Pada hakikatnya, negeri Kedah dan negeri-negeri gabungan ‘SG4’ mempunyai potensi yang amat tinggi kerana kaya dengan hasil-mahsul buminya cuma memerlukan tata kelola dinamis bagi mencapai matlamat tersebut," ujarnya.
Afiezy Azaman
Thu Sep 21 2023
Dr Mahathir Mohamad (duduk, tiga dari kanan) bersama Muhammad Sanusi Md Nor (duduk, tiga dari kiri) serta barisan Exco Negeri Kedah bergambar kenangan.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengambil maklum terhadap isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tun M turun Kedah beri taklimat pembangunan ekonomi SG4
Bekas PM komited untuk bimbing Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis di bawah gabungan SG4 laksana transformasi kepimpinan.