Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali malam tadi menerima Anugerah Khas Srikandi Negara, anugerah julung kali diadakan bagi mengiktiraf jasa serta sumbangan golongan wanita dalam pembangunan negara.
Anugerah anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) itu disampaikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pemilihan Dr Siti Hasmah, 88, sebagai penerima anugerah khas adalah berdasarkan sumbangan dan jasa beliau dalam bidang pendidikan hingga tertubuhnya banyak institusi pendidikan yang menyumbang kepada kelangsungan penyampaian ilmu pengetahuan kepada masyarakat.
Rosmah ketika berucap pada majlis itu berkata pemimpin wanita di negara ini perlu menunjukkan pencapaian cemerlang, melaksanakan amanah kepimpinan dengan sempurna, berintegriti dan memberikan tanggungjawab terbaik kepada masyarakat.
Katanya kesemua kriteria itu perlu ditonjolkan agar golongan itu diberi kepercayaan tanggungjawab di peringkat tertinggi memandangkan wanita kini mampu memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai program dalam parti di negara ini.
"Mereka diberi sepenuh kepercayaan untuk memikul amanah besar dalam menjayakan misi dan visi parti yang mereka sertai.
"Lebih-lebih lagi trend politik hari ini mengutamakan pencapaian dan keperibadian sebagai kayu pengukur seorang pemimpin politik," katanya semasa merasmikan majlis Anugerah Tokoh Srikandi Negara di sini.
Beliau berkata golongan wanita umpama mutiara yang semakin digilap semakin bersinar cahayanya selain merupakan aset yang begitu tinggi nilainya dan perlu terus menyerlah.
Justeru, Rosmah berkata wanita tidak perlu gentar walau dalam apa jua keadaan sekalipun dalam merealisasikan hasrat menjadikan wanita sebagai pemangkin kepada pembangunan negara.
"Tidak kira dalam apa jua keadaan dan bidang yang anda ceburi, sekiranya dilakukan dengan penuh istiqamah dan bersungguh-sungguh, maka kita akan mampu menggapai kejayaan," katanya.
Sementara itu Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Negeri Sembilan, Datuk Siti Rahmah Kassim, 88, menerima anugerah bagi kategori Politik atas perjuangan beliau menuntut kemerdekaan negara daripada British.
Sebanyak 15 tokoh menerima anugerah yang antara lain ialah Pengerusi RAM Holdings Bhd Tan Sri Norma Yaacob, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Dr Maznah Hamid, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan pendakwah bebas Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.
Kriteria pemilihan penerima anugerah adalah berdasarkan sumbangan mereka antaranya dalam bidang pendidikan, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan kebudayaan.
Bernama
Fri Dec 19 2014
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Khas Srikandi Negara kepada bekas isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Foto Bernama
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
[LAPOR LANGSUNG] Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.
Isu jet: 'Rafizi pamer kebodohan diri sendiri' - Syed Ali
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sengaja mempamerkan sikap kurang bijak apabila sengaja mencari isu provokasi jet peribadi yang melibatkan isteri Perdana Menteri.
Tun Dr Siti Hasmah terima Anugerah Khas Srikandi Negara
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menerima Anugerah Khas Srikandi Negara, anugerah julung kali diadakan bagi mengiktiraf jasa serta sumbangan golongan wanita dalam pembangunan negara.
Najib tiba di Dubai untuk hadiri WIEF ke-10
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Ahad bagi menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10.
Isu ISIL dan MH17 tumpuan utama perbahasan Perhimpunan Agung PBB
Dua isu mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di timur Ukraine akan menjadi tumpuan utama perbahasan pada sesi ke-69 Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu
Persatuan murid tua TKC anjur majlis kutipan dana
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri meluangkan masa menghadiri majlis makan malam Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Tunku Kurshiah (TKC).
Ratusan ribu hadiri Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul
Perdana Menteri dan isteri bersama ratusan ribu orang hadir ke program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya malam tadi.
Rosmah terima anugerah 'Global Inspirational Leadership'
Penganugerahan itu sebagai mengiktiraf komitmen tinggi dan peranan serta inisiatif isteri Perdana Menteri itu yang memberi impak kepada pembangunan dan perkembangan kanak-kanak dan wanita.
Kadir: Mana ada wartawan boleh guna jet biayaan kerajaan seperti Rosmah?
Peranan wartawan adalah untuk menulis berita dan bukannya menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing, kata Tokoh Wartawan Negara Datuk A. Kadir Jasin.
Silat dapat membina masyarakat yang mempunyai jati diri
Pembabitan golongan wanita dalam seni silat dapat membentuk karektor sekali gus membantu membentuk masyarakat yang mempunyai kesetiaan dan kecintaan yang tinggi kepada negara.