Cerita Sebalik Berita: Rasuah Tenaga Solar | Rosmah Mansor diarah bela diri
Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam
Peguam yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Jagjit Singh memaklumkan anak guamnya kecewa dengan keputusan mahkamah pada Khamis.
“Dia (Rosmah) tidak bercakap, emosi dia terganggu dan dia agak kecewa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pihak pembelaan kemuka 6 saksi Jun depan
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membela diri adalah keputusan tidak dijangka.
Demikian jelas Peguam mewakilinya Datuk Jagjit Singh ketika ditemui pada Khamis.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Rosmah diarah bela diri
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas tiga pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.
Rosmah berhadapan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Rosmah diarah bela diri
[TERKINI] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas pertuduhan rasuah dikenakan terhadapnya.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) February 18, 2021
Arahan itu dikeluarkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan pada Khamis.@501Awani #AWANInews
Rosmah dan Najib tiba di Mahkamah berselang 5 minit
Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 9.15 pagi tadi bagi menghadiri prosiding keputusan kes rasuah dihadapinya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Najib tiba di kompleks mahkamah
DS Najib Tun Razak pula tiba di Kompleks Mahkamah KL jam 9.22 pagi tadi. @501Awani pic.twitter.com/N9XqxBcNl8
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) February 18, 2021
Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekarangan mahkamah
DS Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah KL pada jam 9.15 pagi tadi.@501Awani #AWANInews #AWANI745 pic.twitter.com/r2B0Tw7wNh
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) February 18, 2021
Terkini, keadaan di Kompleks Mahkamah KL masih tenang
@501Awani akan membawakan kes inj secara langsung dari semasa ke semasa.
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) February 17, 2021
Terkini, keadaan di Kompleks Mahkamah KL masih tenang, petugas media mula ramai. pic.twitter.com/LI3ZCy1j6x
Ikuti laporan yang akan dibawakan dari wartawan Astro AWANI di lokasi, Ridauddin Daud
Hari ini Mahkamah Tinggi KL akan putuskan sama ada membebaskan atau mengarahkan DS Rosmah Mansor utk bela diri berhubung pertuduhan kes rasuah membabitkannya.@501Awani #AWANInews #AWANI745
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) February 17, 2021
Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menemani Datin Seri Rosmah Mansor apabila Mahkamah Tinggi memberikan keputusannya esok, sama ada isterinya itu perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak, atau membebaskannya.
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah, yang mendengar perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bahawa anak guamnya mahu menghadiri prosiding mahkamah Rosmah sebelum menghadiri perbicaraannya sendiri yang dijadualkan bermula 9.30 pagi.
BACA DI SINI...
Kronologi pertuduhan rasuah Rosmah Mansor
Esok, 18 Februari 2021, tumpuan media dan rakyat Malaysia akan tertumpu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengetahui keputusan kes pertuduhan rasuah melibatkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sama ada mahkamah akan memanggil Rosmah untuk membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak, atau membebaskannya.
BACA DI SINI...
Kes projek solar: Bebas atau bela diri, keputusan Rosmah diketahui esok
Selepas tiga tahun, sejak Mac 2018 kes berjalan, fokus pastinya tertumpu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, 18 Februari 2021 bagi mengikuti kes pertuduhan rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.
Esok, mahkamah akan memutuskan sama ada akan memanggil Rosmah untuk membela diri atau membebaskannya dalam pertuduhan kes rasuah berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
BACA DI SINI...