Peranan wartawan adalah untuk menulis berita dan bukannya menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.
Ini adalah reaksi Tokoh Wartawan Negara Datuk A. Kadir Jasin terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dikatakan ‘telah mencabar wartawan agar menjadi agen penggalak pelaburan.’
“Saya rasa wartawan dan media massa sudah pun memainkan peranan itu.
“Bukanlah laporan positif media massa tempatan selama ini telah membantu meyakinkan pelabur dalam dan luar untuk menanam modal di negara kita?
“Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?
“Tumpang sekali sekala tu adalah. Itu pun kalau Perdana Menteri atau Menteri ajak,” kata Kadir di dalam blognya.
Semalam, Shahidan dilaporkan telah melahirkan kekecewaannya terhadap kritikan yang diterima oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kerana menggunakan jet biayaan kerajaan bagi lawatannya ke Qatar baru-baru ini.
The Malaysian Insider melaporkan bahawa beliau bertanya kepada para wartawan sebanyak manakah pelaburan yang mereka telah bawa ke Malaysia berbanding Rosmah.
“Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu (wartawan) boleh bawa ke Malaysia?
“Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma.
“Maafkan saya, awak (wartawan) tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu (wartawan) seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya (Rosmah).
"Pelabur akan takut untuk datang ke sini. Beliau telah membina negara ini,” katanya.
Sebelum ini, Shahidan telah mempertahankan lawatan Rosmah dengan berkata ia dilakukan kerana jemputan rasmi dari kerajaan Qatar dan Kabinet telah meluluskan lawatan tersebut.
Beliau juga berkata Malaysia harus berterima kasih kepada Rosmah atas lawatan tersebut.
Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, yang mengiringi Rosmah ke Qatar, menafikan kenyataan Shahidan dengan mengakui bahawa jemputan untuk menghadiri sidang kemuncak di Qatar disampaikan kepada Rosmah atas kapasiti peribadinya dan bukan kepada kerajaan.
Azalina juga menegaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet yang meluluskan penggunaan jet peribadi untuk perjalanan itu dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 10 Nov, Rosmah menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 di negara itu.
Isnin lalu, lawatan itu menjadi topik perbincangan hangat di Parlimen selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan perkara itu.
Mereka bertanya, adakah Rosmah layak menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan dan adakah beliau layak mewakili kepentingan negara di peringkat antarabangsa kerana beliau bukan wakil rakyat tetapi hanya isteri perdana menteri.
Sebagai balasan, Shahidan semalam menegaskan bahawa Kabinet memutuskan Rosmah boleh menggunakan jet itu kerana beliau mewakili negara atas urusan rasmi.
T K Letchumy Tamboo
Fri Nov 22 2013
Datin Seri Paduka Rosmah Mansor. -gambar fail
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Tiada caj terhutang kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap jet Jho Low
Tiada caj perlu dijelaskan kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap pesawat peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang diletakkan di lapangan terbang terse
Israel lancar serangan udara terhadap Syria
Menurut tentera Syria, jet milik Israel telah melancarkan misil ke arah kawasan Qutayfeh berdekatan Damsyik menerusi laluan ruang udara milik Lubnan pada pukul 2:40 pagi waktu tempatan.