Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan pegawai tinggi kerajaan dan tokoh politik yang telah bersara menulis buku mengenai pengalaman masing-masing.
Katanya, beliau telah memujuk pihak berkenaan untuk menulis biografi sendiri kerana yakin pengalaman yang dikongsi mereka boleh dijadikan panduan oleh generasi kini dan akan datang.
"Daripada pemerhatian dan pengalaman saya selama ini didapati sudah ada kecenderungan di kalangan mereka untuk menulis biografi dan ini baik untuk rujukan orang lain.
"Saya percaya daripada pengalaman mereka ada sesuatu yang dapat dipelajari dan sebab itu penghasilan buku mengenai pengalaman seseorang sangat penting," katanya semasa melancarkan buku "Mahathir Bukan Kawan Saya" tulisan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin (ZAM) di sini.
Buku itu antara lain mengisahkan pengalaman ZAM semasa menjadi pendamai dalam krisis Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan semasa menjadi pemberita di Alor Setar, Kedah.
Turut hadir di majlis pelancaran Penasihat Sosiobudaya kepada kerajaan Tan Sri Rais Yatim dan bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar.
Dr Mahathir berkata pembelajaran daripada pengalaman orang lain penting kerana sejarah telah membuktikan mereka yang kurang memberi perhatian kepada hal itu hanya akan mengulangi sejarah sekaligus gagal mendepani cabaran, malah lebih teruk bangsa mereka juga akan lenyap dari perhatian dunia.
Beliau berkata mungkin ada yang menganggap andaiannya adalah keterlaluan tetapi jangan sesekali terfikir keterlaluan itu tidak akan berlaku.
Sebab itu kita kena baca buku-buku yang memaparkan pengalaman kerana kandungannya mungkin sesuai dan boleh digunakan untuk mendepani senario dunia yang kian mencabar, katanya.
Mengenai karya terbaharu ZAM itu, Mahathir berkata beliau belum membaca buku 'rakannya' itu tetapi yakin ia mampu menarik ramai pembaca untuk mengamati apa yang diceritakan tokoh wartawan itu.
Bernama
Sat Aug 01 2015

Tun Mahathir yakin pengalaman yang dikongsi mereka boleh dijadikan panduan oleh generasi kini dan akan datang. - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tun Dr Mahathir saran bekas pegawai kerajaan, tokoh politik tulis pengalaman
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan pegawai tinggi kerajaan dan tokoh politik yang telah bersara menulis buku mengenai pengalaman masing-masing.