Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad akan melawat Thailand pada hujung bulan hadapan, demikian diumumkan rakan sejawatannya Jen Prayut Chan-o-cha pada Selasa.
Lawatan tersebut memberi peluang kepada dua jiran itu untuk membincangkan selanjutnya isu-isu berkaitan rundingan damai selatan Thai, ketika Kuala Lumpur menjadi fasilitatornya.
"Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa rundingan (damai) ini masih diteruskan. Perdana Menteri baharu Malaysia juga mahukan misi Malaysia selaku fasilitator mencapai kejayaan sebanyak mungkin," kata Prayut kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Rumah Kerajaan di sini.
Dr Mahathir katanya, pada mulanya dijadual melawat Thailand awal Oktober tetapi terpaksa menjadualkan semula lawatan itu berikutan jadual kerjanya yang padat.
Prayut turut ditanya sama ada kerajaannya akan menukar anggota delegasi ke rundingan damai itu sejajar dengan pelantikan fasilitator baharu oleh kerajaan Malaysia.
Prayut berkata kerajaannya sedang mempertimbang soal melantik fasilitator baharu.
Malaysia di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) melantik bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu menggantikan Datuk Ahmad Zamzamin Hashim.
Ahmad Zamzamin dilantik ke jawatan itu di bawah kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN).
Dengan Malaysia sebagai fasilitator, delegasi dari kerajaan Thai dan MARA Patani (Majlis Syura Pattani), yang mewakili beberapa kumpulan di wilayah itu telah mengadakan rundingan beberapa kali di Kuala Lumpur.
Pertikaian bersenjata di selatan Thai sejak 2004 telah mengorbankan lebih 6,500 nyawa, menurut organisasi bukan kerajaan Deep South Watch (DSW) yang memantau pertikaian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 25 2018

Prayut berkata kerajaannya sedang mempertimbang soal melantik fasilitator baharu sejajar dengan pelantikan fasilitator baharu oleh kerajaan Malaysia. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Sidang Kemuncak ASEAN: Lebih 2,000 delegasi, media antarabangsa siap sedia untuk perbincangan penting di Laos
Persiapan sedang giat dilakukan ketika pihak berkuasa dari pelbagai sektor berusaha memastikan sambutan lancar bagi pemimpin dan delegasi dari 10 negara anggota ASEAN.

Timbalan Menteri Luar ketua delegasi Malaysia ke NAM
Kenyataan Malaysia antara lain akan menekankan keperluan untuk mengukuhkan perpaduan dan solidariti dalam kalangan negara-negara membangun.

Presiden Xi Jinping adakan pertemuan dengan delegasi Kongres AS
Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan delegasi dwipartisan Senat Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Ketua Majoriti Chuck Schumer di Dewan Besar Rakyat di sini, pada Isnin.

Keberhasilan ekonomi ASEAN akan pacu Malaysia dan ekonomi rantau ini - MITI
Pemukiman AEM kali ke-29 yang berlangsung di Magelang, Indonesia pada Rabu sepakat menyokong tujuh PED yang dirangka Indonesia mengikut bidang kuasa mereka.

Usahawan, profesional Malaysia sumbang idea, pengalaman untuk bantu bangunkan Afghanistan
Usaha tersebut merupakan salah satu daripada agenda dan komitmen masyarakat dan organisasi sivil di Malaysia yang disokong oleh kerajaan.

Isu diskriminasi minyak sawit: KPPK ketuai delegasi Malaysia ke Geneva
Mesyuarat Penyelesaian Pertikaian 600 (Dispute Settlement 600) ini berlangsung selama 10 hari mulai 6 hingga 15 Mei, 2022.

83 pemimpin negara dijangka sertai Perhimpunan Agung PBB ke-76
Ramai ketua negara mahu hadiri perhimpunan itu secara fizikal.

Telesidang ketua delegasi Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 dirasmikan
Pihaknya mengambil berat cadangan daripada pelbagai negara dan kawasan yang terlibat untuk mengutamakan atlet dengan menawarkan medan pertandingan yang canggih serta perkhidmatan bermutu tinggi.

MIC tidak akan ikut jejak MCA - Vigneswaran
MIC tidak akan mengemukakan sebarang cadangan supaya Barisan Nasional (BN) dibubarkan, tegas presidennya Tan Sri S A Vigneswaran hari ini.

Tun Dr Mahathir lawat Thailand hujung bulan depan - PM Prayut
Lawatan tersebut memberi peluang kepada dua jiran itu untuk membincangkan selanjutnya isu-isu berkaitan rundingan damai selatan Thai, ketika Kuala Lumpur menjadi fasilitatornya.