KUALA LUMPUR: Pemukiman Menteri-menteri Ekonomi Asean (AEM) kali ke-29 yang berlangsung di Magelang, Indonesia pada Rabu sepakat menyokong tujuh Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) yang dirangka Indonesia mengikut bidang kuasa mereka, yang menumpukan tiga Teras Strategik iaitu Pemulihan dan Pembangunan Semula, Ekonomi Digital dan Kemampanan.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), delegasi daripada pihaknya diketuai oleh Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Malaysia yakin PED ini akan memacu Asean ke arah rantau ekonomi yang sangat bersepadu, kohesif, berdaya saing dan dinamik selain menjadi boleh sesuai dan mampan secara digital untuk kesejahteraan dan kemakmuran warganya," menurut MITI dalam kenyataan di sini.
Pemukiman AEM pertama bagi 2023 ini membincangkan keutamaan dan keberhasilan di bawah Indonesia sebagai pengerusi, dengan tema 'Asean Matters: Epicentrum of Growth'.
Menurut MITI selain membuat susulan berhubung perkara daripada Sidang Kemuncak Asean dan Sidang Kemuncak Berkaitan kali ke-40 dan ke-41 dengan Kemboja sebagai pengerusi tahun lepas, menteri-menteri juga membincangkan pelbagai isu yang penting bagi pembangunan sosio-ekonomi rantau Asean.
Ekonomi Digital terus menjadi Agenda Penting
MITI menambah ekonomi digital terus menjadi agenda penting yang menyokong Hala Tuju Bandar Seri Begawan (BSBR) yang menyasarkan mempercepat visi Asean untuk menjadi blok komuniti dan ekonomi digital terkemuka.
AEM menjangkakan ini dibolehkan oleh perkhidmatan, teknologi dan ekosistem digital yang terjamin dan transformatif.
Menteri-menteri juga mengambil maklum kemajuan kajian berkaitan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) yang menumpukan asas, kesan dan keterangkuman ekonomi digital terhadap pihak berkepentingan dalam rantau ini.
"Kajian ini dijangka disahkan pada Mesyuarat AEM kali ke-55 pada Ogos 2023, manakala rundingan mengenai DEFA mungkin dilancarkan ketika Sidang Kemuncak Asean ke-43 pada September 2023," jelas kementerian ini.
Kementerian itu turut memaklumkan bahawa mengambil kira kepentingan agenda kemampanan, Asean juga sedang mengusahakan Strategi untuk Keneutralan Karbon bagi membolehkan rantau ini mengurangkan kesan perubahan iklim dan menggalakkan pembangunan mampan.
Menteri-menteri juga mengambil maklum berkaitan kemajuan kajian untuk merangka strategi yang akan menekankan, antara lain, pembangunan penyelesaian berasaskan alam semula jadi dan pasaran, serta ekosistem yang mampan dan inklusif, tambah MITI.
MITI menjelaskan strategi itu sejajar dengan komitmen Malaysia untuk mencapai status pelepasan karbon sifar bersih pada 2050 serta inisiatif pihaknya untuk menetapkan rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi sektor pembuatan.
AEM juga menyokong dan memuji kerja yang dijalankan oleh Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC), memfokuskan lima bidang keutamaan iaitu Transformasi Digital; Pembangunan Mampan; Pemudahan Perdagangan; Daya Tahan Kesihatan; dan Jaminan Makanan, yang menyokong PED oleh Indonesia dan pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) 2025.
Menurut MITI selain itu AEM menekankan kepentingan kerjasama erat antara sektor swasta dan awam untuk menangani cabaran yang dihadapi rantau ini dan untuk membolehkan usaha merealisasikan Asean yang lebih berdaya saing, bersepadu dan mampan.
Asean-BAC juga akan menyokong inisiatif pembangunan mampan Asean, serta memperkukuh kesalinghubungan, inovasi dan penerimagunaan digital merentas industri untuk melonjakkan daya saing perniagaan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Malaysia berharap dapat bekerjasama rapat dengan semua AEM bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan AEC 2025 yang berkesan dan keutamaan seiringnya bagi kemakmuran sosio-ekonomi Malaysia dan Asean," jelas MITI.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Pemukiman AEM pertama bagi 2023 ini membincangkan keutamaan dan keberhasilan di bawah Indonesia sebagai pengerusi, dengan tema 'Asean Matters: Epicentrum of Growth'. - Foto fb @Tengku Zafrul

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.