BEIJING: Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan delegasi dwipartisan Senat Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Ketua Majoriti Chuck Schumer di Dewan Besar Rakyat di sini, pada Isnin.
Xi berkata hubungan China-AS merupakan ikatan dua hala yang paling penting di dunia dan cara pergaulan dua negara menentukan masa depan umat manusia.
"Persaingan dan konfrontasi tidak sejajar dengan trend sezaman, malah tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri dan cabaran didepani seluruh dunia.
"Kepentingan bersama China-AS jauh melebihi perselisihan. Kejayaan dicapai masing-masing merupakan peluang, bukan cabaran bagi satu sama lain," kata Xi.
Beliau berkata China dan AS boleh mendapat manfaat daripada pembangunan satu sama lain memandangkan integrasi ekonomi kedua-dua negara berada pada tahap tinggi.
"Pemulihan global pascapandemik, usaha menangani perubahan iklim dan menyelesaikan isu-isu hangat global dan rantau, semuanya memerlukan koordinasi dan kolaborasi dua negara," kata beliau.
Xi berharap agar hubungan kedua-dua negara dikendalikan dengan baik berasaskan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling untung.
"China dan AS harus bersinergi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, sekali gus menyumbang kepada kemajuan manusia serta keamanan dan pembangunan dunia," kata Xi.
Dalam pada itu, Schumer menyifatkan pembangunan dan kemakmuran China memberi manfaat kepada rakyat AS.
"Pihak kami (AS) tiada niat untuk berkonflik ataupun mencantas hubungan dengan China.
"Kami bersedia mengukuhkan dialog dan komunikasi dengan China secara terbuka, ikhlas dan saling menghormati, di samping mengendalikan hubungan dua hala dengan sikap bertanggungjawab," kata beliau.
Schumer berkata AS ingin memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan dan pelaburan, serta meningkatkan sinergi dalam usaha menangani perubahan iklim, membanteras jenayah dadah dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan delegasi dwipartisan Senat AS diketuai Ketua Majoriti Chuck Schumer di Dewan Besar Rakyat pada Isnin. - Gambar/ Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.