KUALA LUMPUR: Tiada apa yang mampu dizahirkan tokoh korporat ternama, Tun Daim Zainuddin selain bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas pekerja syarikat penerbitan akhbar Utusan Melayu yang masih menanti pampasan.
Menurut Daim, tidak sepatutnya bekas pekerja syarikat akhbar Melayu tertua itu dibiarkan sedemikian, apa lagi selepas tiga tahun Utusan Melayu ditutup.
Dalam pertemuan selama 45 minit idengan lima bekas pekerja syarikat berkenaan di pejabatnya di Menara Ilham, di sini, hari ini, Daim menyatakan sokongan kepada perjuangan bekas kakitangan Utusan yang teraniaya.
“Kalau nak tutup syarikat tutuplah, bayarlah apa yang patut kepada pekerja,” kata Daim dalam pertemuan yang diketuai Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu, Saifol Bakhtiar Hamik.
Daim yang memanggil pertemuan itu turut menasihatkan kumpulan gerakan perjuangan menuntut hak itu meminta ihsan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk masuk campur kerana diyakini boleh membantu bekas pekerja Utusan.
“Penutupan Utusan sememangnya satu peristiwa menyedihkan kerana ia merupakan satu entiti yang melambangkan perjuangan orang-orang Melayu sejak zaman sebelum merdeka,” kata Daim lagi.
Ahad ini genap tiga tahun Utusan Melayu ditutup dengan kaedah penggulungan sukarela, bagaimanapun tiada sebarang pampasan diberikan kepada kira-kira 1,500 bekas pekerja, sementara kumpulan yang mengambil skim pemberhentian sukarela (VSS) masih menanti baki sebahagian pampasan yang dijanjikan.
Sabtu lepas, seramai 300 orang bekas kakitangan Utusan mengadakan perjumpaan semula sempena memperingati ‘kematian’ syarikat akhbar Melayu tertua itu di hadapan bekas bangunan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.
Perjumpaan yang diadakan sempena memperingati ulang tahun ketiga penutupan Utusan itu mencatat sejarahnya tersendiri kerana dihadiri oleh wakil semua bekas pekerja tanpa mengira status dan kali pertama pernah diadakan.
Astro Awani
Tue Oct 04 2022

Tun Daim Zainuddin (duduk) mengundang lima bekas pekerja Utusan Melayu bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tuntutan hak dan pampasan yang masih belum dilunaskan.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Wartawan hiburan veteran, Huzz, meninggal dunia
Bekas wartawan yang lebih mesra dikenali dengan nama pena Huzz itu meninggal dunia pada usia 58 tahun.

28 Okt pendengaran rayuan Guan Eng mengenai kuantum ganti rugi saman fitnah
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Okt untuk mendengar rayuan Lim Guan Eng mengenai kuantum ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Melayu (M) Bhd kepada bekas Menteri Kewangan itu dalam saman fitnahnya.

Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis
Sivamurugan berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan akhbar tersebut boleh diterima sekali gus menjadi media pilihan golongan muda.

JTKSM minta Utusan bayar VSS, gaji pekerja sekali gus
Utusan perlu memastikan semua pekerja yang diberhentikan menerima pampasan yang sewajarnya mengikut peruntukan Akta Kerja 1955.

Pengurusan Utusan dikenakan tindakan jika langgar undang-undang
Syarikat berusia 80 tahun itu menghentikan operasi susulan masalah kewangan, dan semalam (9 Oktober) juga adalah tarikh akhir bekerja buat semua kakitangannya.

Utusan Melayu diperintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Anwar
Saman itu berhubung dua artikel yang diterbitkan syarikat penerbitan itu membabitkan temu bual Anwar dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual.