Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) meminta Utusan Melayu (Malaysia) Bhd supaya membuat bayaran penuh Skim Pemisah Sukarela (VSS) kepada 708 pekerja yang terlibat dalam pemberhentian pada tahun lepas.
JTKSM dalam kenyataan pada Selasa turut meminta gaji bagi bulan September dan Oktober 2019 hendaklah dibayar sekali gus kepada semua 815 pekerja yang masih dalam perkhidmatan pada 30 Okt ini (2019).
Menurutnya UHY Advisory Sdn Bhd selaku Pelikuidasi telah mengambil alih sepenuhnya Utusan pada 8 Okt lepas dan status pembayaran gaji kepada pekerja terlibat tidak dapat dipastikan kedudukannya.
"Para pekerja yang terlibat dalam pemberhentian ini turut belum menerima gaji bulan September 2019. Keadaan ini menimbulkan beberapa isu dalam kalangan para pekerja khususnya melibatkan potongan pinjaman bank.
"Pihak pekerja yang diberhentikan akan membuat tuntutan bayaran gaji di Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Kuala Lumpur dalam masa terdekat," katanya.
JTKSM berkata dalam pertemuan dengan wakil UHY pada 11 Okt lepas, jabatan itu juga telah meminta syarikat berkenaan memastikan semua pekerja yang diberhentikan menerima pampasan yang sewajarnya mengikut peruntukan Akta Kerja 1955.
"Manakala majikan iaitu Utusan diminta mengemukakan Borang Pemberhentian Kerja (PK) dan mengeluarkan Notis Penamatan kepada semua pekerja yang terlibat atau membayar gaji ganti notis," katanya.
Bagi memastikan nasib semua pekerja yang terlibat tidak terabai, JTKSM turut menyarankan agar UHY dan Utusan bekerjasama dengan PTK Kuala Lumpur untuk menjalankan program-program peluang pekerjaan dan memberi khidmat nasihat kepada pekerja terbabit.
"Kerjasama ini termasuklah membuka booth JobsMalaysia, penglibatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui penawaran Sistem Insuran Pekerjaan (SIP), penyelarasan bayaran pinjaman di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) serta penyertaan dalam Program Karnival Kerjaya yang akan diadakan dalam masa terdekat," katanya.
Menurut JTKSM, UHY akan mengadakan satu sesi taklimat kepada semua pekerja pada 3.30 petang 30 Okt ini di Dewan Besar Utusan berhubung tindakan-tindakan yang diambil untuk membantu pekerja yang terlibat dalam pemberhentian tersebut.
Utusan menghadapi kemerosotan aliran tunai sejak Mei 2018 dan telah mengeluarkan Memorandum Pekeliling pada 9 Okt 2019 yang memaklumkan bahawa semua operasi syarikat berkenaan akan diberhentikan berkuat kuasa pada 9 Okt 2019, katanya.
Pelbagai usaha dilakukan syarikat itu bagi memperkukuhkan keadaan termasuklah menawarkan VSS kepada 708 pekerja daripada 1,523 orang pekerja keseluruhannya dengan pemberhentian peringkat pertama berkuatkuasa pada 30 November 2018.
Selain itu, syarikat juga berusaha mendapatkan aliran tunai bagi menampung modal melalui penjualan aset-aset syarikat namun gagal, kata JTKSM.
JTKSM berkata keadaan itu menyebabkan Utusan bersetuju melakukan Penggulungan Sukarela Pemiutang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019

Utusan perlu memastikan semua pekerja yang diberhentikan menerima pampasan yang sewajarnya mengikut peruntukan Akta Kerja 1955. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.

Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.

Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.

TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.

Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.