Kepulangan Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya'kub ke rahmatullah malam semalam meninggalkan pelbagai jasa dan pencapaian besar yang perlu diingati generasi semasa, ujar penganalisis politik Dr Jeniri Amir.
Pensyarah Program Kajian Komunikasi di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu ketika dihubungi Astro AWANI, memberitahu bahawa tokoh berkenaan diingati kerana kejayaan beliau membentuk pentadbiran yang memacu lanskap sosial, politik dan ekonomi Sarawak ke arah yang lebih mantap dan stabil.
“Beliau berjaya membentuk kerajaan campuran dari pelbagai parti sekali gus membawa Sarawak ke hadapan, termasuklah pembangunan ekonomi dan infrastruktur. Bayangkanlah ketika itu negeri ini berdepan dengan sosiopolitik yang bergelora, namun pentadbiran Tun Abdul Rahman mampu membawa kestabilan,” ujanya.
Tambah Jeniri, satu lagi kejayaan Tun Abdul Rahman adalah ketika berjaya memujuk kumpulan Komunis di Sarawak kembali ke pangkuan masyarakat. Ia tercatat dalam sejarah Operasi Sri Aman yang membawa kepada pengakhiran ancaman komunis pada tahun 1974.
“Beliau jugalah individu penting di sebalik Unit Perancang Negeri (SPU) Sarawak dan juga Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), malah Petrajaya yang kita kenali hari ini juga adalah antara hasil pencapaiannya.
“Beliau ialah pemimpin arkitek yang menyediakan landasan stabil demi masa depan Sarawak,” rumus Jeniri.
Sokongan padu
Di peringkat nasional pula, menurut Tun Abdul Rahman melakar sejarah tersendiri apabila menjadi tokoh dari Sarawak yang bertindak meyakinkan rakyat Sarawak dan membina sokongan padu rakyat negeri itu dalam pembentukan Malaysia.
“Beliau telah dilantik untuk ke peringkat pusat untuk menyandang beberapa jawatan penting negara dan antara jasa besarnya adalah ketika menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1969.
“Bayangkanlah ketika menjawat jawatan itu negara baru sahaja berdepan dengan peristiwa 13 Mei, dan tentunya ia satu tugas yang mencabar. Namun, kewibawaannya mendapat kepercayaan Perdana Menteri Tun Abdul Razak,” ujar Jeniri.
Kata penganalisis tersebut, Tun Abdul Rahman telah melaksanakan perubahan dasar pendidikan dengan melaksanakan peralihan bahasa pengantar daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu secara berperingkat peringkat melalui penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Selain itu, atas komitmen dan penyeliaan tokoh tersebut, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada tahun 1970, malah Tun Abdul Rahman telah memperkenalkan Universiti Putra Malaysia (Kampus Bintulu) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Sarawak.
“Generasi muda hari ini tidak tahu bahawa beliau jugalah yang telah menghapuskan peperiksaan common entrance Darjah 6. Suatu masa dahulu, mereka yang hendak melangkah ke tingkatan satu perlu melepasi peratusan tertentu dalam penilaian.
“Dasar tersebut mewujudkan sekatan dan ia didapati kurang sesuai untuk diteruskan. Sejak pemansuhannya, ribuan pelajar berjaya masuk ke tingkatan satu,” terangnya.
Berjiwa rakyat
Tun Abdul Rahman, mengikut pandangan Jeniri, bukan sahaja menunjukkan kematangan politik di peringkat negeri mahupun nasional. Lebih daripada itu, beliau merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat.
Jeniri mengimbas: “Saya sendiri pernah menulis sepucuk surat untuk dihantar kepadanya. Tulisan tangan itu adalah ketika saya ingin memohon biasiswa dan juga pertimbangan untuk melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Dia seorang pemimpin berjawatan tinggi namun surat tulisan tangan saya itu mendapat perhatian beliau untuk dipertimbangkan lalu diluluskan.
“Saya juga mengetahui terdapat seorang pelajar Cina yang menzahirkan hasrat yang seumpamanya dengan menulis surat kepada beliau, dan Tun Abdul Rahman telah memberi maklum balas positif dengan mempelawa pelajar itu datang terus ke pejabat beliau.”
Hamzah Hamid
Sat Jan 10 2015
Tun Abdul Rahman bukan sahaja menunjukkan kematangan politik di peringkat negeri mahupun nasional, malah beliau merupakan pemimpin berjiwa rakyat. - Gambar fail
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Usaha memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000
Pembangunan fasiliti di Sabah, Sarawak terus jadi fokus kerajaan
Ini apabila sejumlah RM 253 juta diperuntukkan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri. Selain itu, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit.
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Belanjawan 2025: Gred Turus tidak ambil kenaikan gaji tujuh peratus
Barisan Pengurusan Tertinggi penjawat awam Gred Utama iaitu Turus bersetuju untuk tidak menerima lagi kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus dalam SSPA yang bermula 1 Disember depan.
Pengganti Chow untuk terajui DAP Pulau Pinang diketahui hari ini
Pengerusi DAP negeri baharu akan menggalas tugas membuat persediaan menuju pilihan raya umum seterusnya.
Chow terus fokus agenda kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak peduli pengkritik
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berikrar akan terus memberikan fokus terhadap agenda pembangunan kerajaan negeri itu walaupun dikritik.
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua
Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow
PBAPP juga telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.
Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri
Kerajaan Melaka sedang melakukan kajian terperinci berkaitan cadangan pelarasan kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu.
COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam, memulakan tugas secara rasmi hari ini.