KUALA LUMPUR: Menteri Besar dan Ketua Menteri menerusi media sosial merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Ibrahim.
"Sembah takzim daripada patik dan seluruh Bangsa Johor," katanya.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia dan pemerintahan Seri Paduka Baginda.
"Patik sekalian memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan Kerajaan Persekutuan," katanya.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendoakan semoga Allah SWT merahmati dan memberkati pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof dan barisan kepimpinan Negeri Melaka, Ahli Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri, kakitangan kerajaan dan swasta serta seluruh rakyat Negeri Melaka mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ucapan merafak sembah dan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong turut dikongsikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nassuruddin Daud.
"Penghayatan Membangun Bersama Islam," kata Nassuruddin dalam ucapannya.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat negeri Terengganu mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong sentiasa dipanjangkan usia dan diberkati pemerintahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024
Menteri Besar dan Ketua Menteri menerusi media sosial merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini. - Foto Bernama
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.