KUCHING :Musim Monsun Timur Laut yang sedang dihadapi negara ketika ini mendorong kepada pembentukan belalai air di perairan Pantai Punang, Lawas.
Mengulas mengenai foto kejadian berkenaan yang tular di media sosial pada Khamis, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Sarawak, Ambun Dindang, menyifatkan fenomena itu berlaku disebabkan perolakan yang kuat dalam awan menjulurkan satu bentuk corong ke permukaan bumi hasil pengumpulan besar awan yang dipanggil Kumulonimbus (Cb).
“Ia memerlukan kawasan yang luas di permukaan bumi yang mengandungi wap air sebagai tenaga untuk belalai air ini berlaku.
“Antaranya adalah permukaan air yang luas dan tidak bergunung-ganang. Kebiasannya kejadian alam ini boleh berlaku di antara setengah jam ke satu jam bergantung kepada lokasi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Dalam masa yang sama, beliau turut memberi jaminan bahawa pihak MET Sarawak akan sentiasa memantau keadaan semasa cuaca di negeri itu terutama ketika musim landas ini.
“Pihak MET Sarawak sering melakukan cerapan pembentukan belalai air antaranya di perairan antara Labuan, Brunei Darussalam, Lawas, Limbang dan Sabah," ujarnya.
Menyentuh mengenai soal keselamatan, menurut Ambun, belalai air hanya boleh menyebabkan kerosakan pada tahap minimum jika ianya berlaku di kawasan darat.
Namun, beliau menasihatkan para nelayan agar sentiasa berhati-hati apabila turun ke laut dan tidak mendekati pusaran angin berkenaan demi keselamatan.
Terdahulu, sekitar jam 9 pagi Khamis, beberapa rakaman pembentukan belalai air di Pantai Punang, Lawas Sarawak tular di media sosial sehingga mendapat perhatian orang ramai.
Astro Awani
Thu Nov 26 2020
Salah satu foto yang tular di media sosial pada Khamis menunjukkan fenomena belalai air berlaku di perairan Punang di Lawas. -Foto pembaca Astro AWANI
Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
Pantau Belanjawan: Dimensi ASEAN Plus: Strategi diplomasi untuk perhubungan antarabangsa
Terokai bagaimana konsep ASEAN Plus menjadi pemangkin dalam diplomasi global dan hubungan antarabangsa. Bersama Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital), Pusat Pengurusan Penjanaan UKM
Pensyarah Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM, Prof Madya Dr Mustazar Mansur untuk mendalami isu strategik ini dari perspektif ekonomi, pengurusan, dan digitalisasi.
Pensyarah Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM, Prof Madya Dr Mustazar Mansur untuk mendalami isu strategik ini dari perspektif ekonomi, pengurusan, dan digitalisasi.
ChatGPT diguna untuk rancang letupan Tesla Cybertruck di Las Vegas - Polis
Suspek menggunakan ChatGPT untuk mengetahui jumlah bahan letupan yang diperlukan untuk operasi itu serta menyelidik potensi letupan.
Kebakaran hutan landa Los Angeles, 30,000 penduduk dipindahkan
Sekurang-kurangnya 2,921 ekar kawasan Pacific Palisades, antara Santa Monica dan Malibu, telah terbakar.
Perluas perlindungan sosial untuk penyakit jarang jumpa - Pakar
Ketiadaan perlindungan ditawarkan kebanyakan polisi insurans menyebabkan penghidap penyakit jarang jumpa berdepan risiko dalam aspek perlindungan sosial.
AWANI Ringkas: JS-SEZ | Bumbung Axiata Arena Bocor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia umum insentif cukai untuk JS-SEZ
Pelabur dalam JS-SEZ layak menerima pelbagai insentif, termasuk kadar cukai korporat khas, berkuat kuasa pada 1 Januari.
Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC
MOTAC memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen.
Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran
Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran.
PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Tular fenomena belalai air di Lawas
Kebiasaannya, fenomena ini boleh berlanjutan hingga satu jam dan boleh mengakibatkan kerosakan kecil jika berlaku di kawasan darat.