Projek menggalakkan pembiakan ikan di kawasan pesisir perairan Sabah menggunakan tukun tiruan berjaya meningkatkan pendapatan kasar nelayan pantai sehingga 50 peratus, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.
Beliau berkata berdasarkan kajian, pendapatan kasar seorang nelayan pantai meningkat sehingga RM40.67 untuk satu trip sehari selepas adanya tukun tiruan itu.
"Projek ini yang dijalankan sejak 1982 menyaksikan 1,029 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan Sabah setakat ini dengan kos keseluruhan kira-kira RM12 juta," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mensejahterakan Komuniti Nelayan Daerah Putatan 2018 di sini hari ini.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata objektif lain projek berkenaan ialah untuk menghalang pencerobohan kapal pukat tunda di kawasan pesisir pantai nelayan tradisional selain memulihkan sumber perikanan pesisiran pantai yang kian merosot.
Mengenai pembayaran elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan yang layak di Sabah di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Yahya berkata seramai 17,374 nelayan di negeri ini menerima bantuan itu setiap tahun bagi meringankan beban mereka.
"Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan mereka. Kerajaan melalui LKIM telah membelanjakan sebanyak RM 62,546,400 bagi tujuan ini dalam masa setahun sahaja (setiap tahun)," katanya.
Menurut Yahya kerajaan begitu prihatin dan sentiasa mendengar denyut nadi komuniti nelayan bagi meningkatkan taraf hidup mereka sehingga ke generasi akan datang.
Katanya kerajaan menubuhkan empat agensi khusus untuk menangani isu-isu melibatkan kehidupan nelayan di negeri ini iaitu Jabatan Perikanan Sabah, LKIM, Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) serta Pemasaran Perikanan Sabah (SAFMA).
"Setahu saya, tiada negeri yang menyediakan pembelaan sebegitu besar kepada golongan nelayan seperti negeri kita ini. Justeru itu, saya memohon kepada para nelayan supaya memberikan sokongan serta kerjasama yang tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan serta jabatan dan agensi terlibat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program demi kebaikan tuan-tuan sendiri," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018

Berdasarkan kajian, pendapatan kasar seorang nelayan pantai meningkat sehingga RM40.67 untuk satu trip sehari selepas adanya tukun tiruan itu. - Foto fail Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tukun tiruan di perairan Sabah tingkat pendapatan kasar nelayan
Projek menggalakkan pembiakan ikan di kawasan pesisir perairan Sabah menggunakan tukun tiruan berjaya meningkatkan pendapatan kasar nelayan pantai sehingga 50 peratus.