Seorang tukang rumah dipercayai dibunuh apabila mayatnya dijumpai dengan kesan tetakan dalam parit, berdekatan Jalan Paloh-Yong Peng, Batu Pahat, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata mangsa, Anuar Abd Shokor, 50, sebelum ini dilaporkan tidak pulang ke rumah oleh isterinya sejak Rabu lepas.
"Kali terakhir isteri mangsa menghubungi suaminya ialah pada pukul 12.36 tengah malam Khamis lepas yang memberitahu dirinya tidak pulang ke rumah kerana hendak pergi memancing di Tanjung Laboh," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Abd Wahib berkata mayat mangsa dijumpai orang awam dalam kawasan parit yang kering, kira-kira 100 meter dari Jalan Besar Paloh-Yong Peng, dan berpakaian lengkap dengan seluar panjang berwarna biru gelap dan kemeja putih.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga kesan tetakan di kepala dan tangan. Bagaimanapun, tiada sebarang butiran pengenalan diri dan dompet dijumpai bersama si mati," kata beliau.
Pengesahan identiti mangsa dibuat oleh isterinya, kata Abd Wahib.
Menurutnya, tiada kesan pergelutan atau senjata dijumpai di tempat kejadian dan mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke parit itu.
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa tidak bermusuh dengan sesiapa tetapi pernah mengeluarkan RM7,000 daripada akaun KWSP sehari sebelum kehilangannya.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2016

Tiada kesan pergelutan atau senjata dijumpai di tempat kejadian dan mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke parit itu. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.

Polis kesan lelaki hilang, temui kereta di kebun kelapa sawit
Lelaki berusia 43 tahun itu yang dikenali sebagai Edwin Soo Seng Kok juga gagal dihubungi ahli keluarga yang melaporkan kehilangannya itu.

Keracunan: Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.

Lelaki intai wanita dalam tandas awam di Batu Pahat ditahan
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai seorang wanita di dalam tandas di pusat membeli-belah di Jalan Flora Utama, Batu Pahat semalam.

Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.

Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.

Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.

Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.

Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.