GEORGE TOWN:Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, kesemua lelaki berusia 23 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong.
Katanya, tujuh suspek berkenaan ditahan selepas dipercayai menggunakan kekerasan terhadap anggota polis semasa mereka menjalankan tugas.
Malah, mereka mendakwa anggota polis telah menendang motosikal dinaiki dua remaja itu sehingga menyebabkan kemalangan serta kecederaan dalam kejadian kira-kira 5.20 petang Ahad.
Kumpulan lelaki itu dikatakan turut membuat provokasi dan memaki hamun tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berkenaan.
Soffian berkata, tujuh lelaki itu akan direman hari ini (Selasa) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.
Selain itu, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.
Sementara itu, Soffian berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.
Selain itu, katanya, pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap hantaran-hantaran di media sosial (Facebook dan Whatsapp) yang didapati tidak tepat dan berbaur fitnah sehingga menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Siasatan dibuat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Fahmi Othman (Bahagian Siasatan Jenayah IPD Timur Laut Pulau Pinang) di talian 017-9272027 bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian petang Ahad, dua remaja parah dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Tanjong Tokong.
Insiden itu tular di media sosial apabila warga net menuduh anggota polis sengaja menendang motosikal sehingga mengakibatkan kemalangan serta kecederaan parah kepada dua lelaki.
Bagaimanapun, polis menafikan dakwaan itu dan memaklumkan dua lelaki berkenaan telah melanggar sebuah kereta ketika melarikan diri daripada anggota polis.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jan 18 2021

Soffian berkata, tujuh lelaki itu akan direman hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengurus pengawal keselamatan didenda RM3,000 halang tugas, maki polis
Dia didakwa menghalang anggota polis daripada menjalankan tugasnya dengan enggan memberi pengenalan diri dan memaki hamun pihak polis.

Pekerja gudang didakwa halang tugas polis trafik,tunggang motosikal secara bahaya
Seorang pekerja gudang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan iaitu menghalang tugas seorang anggota polis trafik dan menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.

Lelaki berkempen PRU15, halang tugas polis ditahan
Seorang pemimpin peringkat akar umbi sebuah parti politik ditahan kerana disyaki melakukan provokasi dan menghalang tugas anggota polis di Taman Koperasi Polis Fasa 2, petang semalam.

Lelaki dipenjara 12 hari halang tugas polis iring konvoi TYT Sarawak, pandu secara berbahaya
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Bekas polis dipenjara, didenda halang tugas polis
Bekas anggota polis dijatuhi hukuman penjara tujuh hari selain didenda RM5,000 kerana menghalang tugas anggota polis yang mengeluarkan saman.

7 lelaki halang tugas penjawat awam: Kertas siasatan sudah lengkap - Polis
Kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Tujuh lelaki ditahan halang dan maki anggota polis
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, kesemua lelaki berusia 23 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong.

Guru sekolah rendah ditahan, tumbuk dan halang tugas polis
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor, guru berusia 54 tahun itu mengajar di salah sebuah sekolah rendah di daerah ini.

Penganggur didenda RM1,000 kerana halang anggota polis
Padah melarikan diri dan menghalang anggota polis daripada menjalankan pemeriksaan, seorang penganggur didenda RM1,000 atau dua bulan penjara.