Seramai tujuh individu termasuk dua wanita yang sedang leka bermain judi jenis yoke yang menggunakan papan mahjong ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Kecil, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis dari bahagian kongsi gelap, judi dan maksiat (D7) menyerbu rumah itu kira-kira pukul 10.45 malam.
"Semasa serbuan itu, pemain serta penganjur judi berkenaan yang sedang leka berjudi terkejut dengan kehadiran polis dan mereka juga tidak sempat melarikan diri.
"Mereka yang berusia 48 hingga 75 tahun itu juga mendakwa berjudi hanya untuk seronok-seronok sahaja tanpa sebarang pertaruhan tetapi pemeriksaan di situ mendapati ia adalah sebaliknya," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang daripada mereka yang ditahan itu merupakan pemilik rumah dan penganjur pemain judi berkenaan.
Nik Ros Azhan berkata kesemua mereka termasuk seorang wanita warga emas itu menjadikan kawasan ruang parkir kenderaan di tepi rumah berkenaan sebagai tempat bermain judi tersebut sejak beberapa minggu lepas.
Katanya susulan penahanan mereka, polis merampas wang pertaruhan sebanyak RM16,490 dan peralatan untuk bermain judi antaranya kerusi, meja, papan mahjong, buah mahjong serta pelbagai cip berwarna warni.
Mereka yang bekerja sebagai peniaga, kontraktor, jurujual dan suri rumah itu ditahan bagi membantu siasatan, katanya.
"Polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti perjudian di kawasan mereka agar memaklumkan kepada polis agar kami dapat mengambil tindakan dalam usaha membendung penganjurannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017
Seramai tujuh individu termasuk dua wanita yang sedang leka bermain judi jenis yoke yang menggunakan papan mahjong ditahan dalam serbuan. - Gambar hiasan
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Dua termasuk wanita Indonesia ditahan bantu kes bunuh
ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita berusia 40-an dan lelaki berumur 36 tahun itu ditahan secara berasingan di Seberang Jaya dan Permatang Pauh.
Lelaki cedera ditikam remaja dalam kejadian samun
Mangsa yang berusia 40 tahun mengalami kecederaan di dada kiri, belakang badan dan bahu kiri akibat ditikam dengan pisau.
Tujuh kaki judi termasuk warga emas ditahan
Seramai tujuh individu termasuk dua wanita yang sedang leka bermain judi jenis yoke yang menggunakan papan mahjong ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Kecil, di sini malam tadi.
Curi kenderaan: Tujuh individu ditahan
Polis menumpaskan satu geng curi kenderaan selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa serbuan di sekitar negeri ini dan Kedah, sejak Khamis hingga tengah malam tadi.