KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menerima penghargaan daripada Airbus atas kejayaan merekodkan jumlah jam penerbangan terkumpul paling tinggi di Asia bagi helikopter tentera H225M.
Ia selepas fleet helikopter H225M TUDM sebanyak 12 unit yang berkhidmat semenjak 2012 itu berjaya mengumpulkan lebih 20,000 jam penerbangan.
Airbus dalam satu kenyataan memaklumkan, juruterbang helikopter H225M TUDM yang masing-masing mencapai sejumlah 2,000, 1,500, 1,000 dan 500 jam penerbangan dalam helikopter itu juga diberikan anugerah pencapaian jam penerbangan pada majlis penuh bersejarah itu.
"Direka bentuk untuk menangani misi yang paling mencabar, helikopter H225M telah mengambil bahagian dan menyertai pelbagai misi latihan dan kemanusiaan, termasuk operasi penyelamatan semasa banjir dan operasi menyelamatkan nyawa.
"Aset tempur pelbagai fungsi dan serba boleh yang terbukti keupayaannya, helikopter H225M membolehkan pasukan tentera dihantar ke mana sahaja pada bila-bila masa diperlukan," memetik kenyataan itu.
Ketua Serantau bagi Airbus Helicopters Asia Pasifik, Vincent Dubrule telah menyampaikan anugerah kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad bagi meraikan dan memperingati pencapaian penuh bersejarah tersebut di Pangkalan Udara Kuantan.
Hadir sama adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Pengarah Urusan, Airbus Helicopters Malaysia merangkap Ketua Pegawai Operasi, Airbus Helicopters Asia Pasifik, Gerard Pau dan Wakil Ketua Negara Airbus di Malaysia, Raymond Lim.
Pada masa kini, sejumlah 125 helikopter H225M berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia.
Selain Malaysia, negara Brazil, Perancis, Indonesia, Mexico, Kuwait, Singapura dan Thailand juga bergantung kepada keupayaan helikopter H225M untuk menyokong dan melaksanakan misi yang mencabar.
Astro Awani
Wed Feb 23 2022
![TUDM terima penghargaan, catat 20,000 jam penerbangan helikopter H225M TUDM terima penghargaan, catat 20,000 jam penerbangan helikopter H225M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645609698_TenteraUdaraDiRaja.jpg)
Fleet helikopter H225M TUDM sebanyak 12 unit yang berkhidmat semenjak 2012 itu berjaya mengumpulkan lebih 20,000 jam penerbangan. - Foto Airbus Helicopters
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720314248_Tourists.jpg)
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.
![Penerbangan terus ke Bali ditunda - Duta Rusia Penerbangan terus ke Bali ditunda - Duta Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650012884_budakmeninggal.jpg)
Penerbangan terus ke Bali ditunda - Duta Rusia
Syarikat penerbangan Rusia telah menyatakan kesediaan mereka untuk menghantar pesawat mereka ke Indonesia.
![AirAsia X terbang ke Afrika dengan laluan baharu Kuala Lumpur ke Nairobi AirAsia X terbang ke Afrika dengan laluan baharu Kuala Lumpur ke Nairobi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719850122_TBAirAsiaX.jpg)
AirAsia X terbang ke Afrika dengan laluan baharu Kuala Lumpur ke Nairobi
Terdapat permintaan yang tinggi untuk perjalanan di antara ASEAN dan Afrika, terutamanya ke Malaysia.
![200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan 200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717456375_LimaAirportPartner.jpg)
200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan
Kegagalan itu berpunca daripada litar dalam sistem elektrik lampu di pinggir landasan terminal.
![Imej rasmi Northrop Grumman B-21 Raider lakukan penerbangan akhirnya dikongsi Imej rasmi Northrop Grumman B-21 Raider lakukan penerbangan akhirnya dikongsi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716519061_NorthropGrummanB.jpg)
Imej rasmi Northrop Grumman B-21 Raider lakukan penerbangan akhirnya dikongsi
Dengan rekaan "sayap terbang" ia mempunyai kemampuan unik sukar dikesan radar walaupun bersaiz besar.
![Penerbangan 56 bakal haji dijadualkan semula - TH Penerbangan 56 bakal haji dijadualkan semula - TH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715726187_JemaahHaji.jpg)
Penerbangan 56 bakal haji dijadualkan semula - TH
Penerbangan bagi 56 bakal jemaah haji daripada kumpulan KT043 yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pagi tadi, dijadualkan semula esok.
![Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716305233_LapanganTerbangSul.jpg)
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
![Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715748024_Airplane.jpg)
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
![AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637676353_AirAsiaX.jpg)
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
![Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713494995_TBcancelflightj.jpg)
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.